Wednesday, 26 February 2014

#43: Mendung yang menjengah seketika

Dear Memory,


Hari ini tiba kunjungan rasa sedih yang sudah lama tak menjengah.. 

Jarang betul dia rasa sedih, tapi hari ini, towards the end of the day, banyak juga dia termenung, sedih sendiri..

Sedih yang lebih kepada sesal.

Menyesal dan kecewa.

Pada sesuatu yang pernah berlaku pada dirinya di waktu lepas, dan kesannya yang masih lagi terasa hingga ke hari ini. Dan disebabkan silapnya sendiri dia terlepas suatu peluang besar. Yang tak mungkin datang dua kali dalam hidupnya.

Bukan di tak happy harini, malah ceria sungguh dia sepanjang hari tadi, siap bergurau-gurau dengan kawan-kawan di office, bergelak ketawa.

Tapi menjelang petang pabila dia sedang bermain futsal bersama kenalan lamanya itu, tiba-tiba memori lama datang menjengah. Memori yang tidak berapa manis untuk dikenang. 

Tiba-tiba dia berasa keseorangan di tengah ramai itu. Yang perit dan pahit itu ditelan jua.

Dia sangka dia dah move on. Bukan sekali dua dia cuba convince kan dirinya yang dia dah moved on. Tetapi sebenarnya tidak juga.

Bukan sekali dua juga orang kata "semua ini ada hikmahnya", sudah seratus lima puluh juta kali dia dengar benda yang sama. Tapi petang tadi dia pilih untuk tak nak terima hujah itu. 

Bagilah seribu kata-kata hikmat pun dia pilih untuk tak mahu mendengarnya malam ini.

Sengaja dia tak nak terima.

Letaklah apa jua alasan pun. Tapi kesilapan yang dia pernah buat itu memang got no others to blame other than himself. Memang salah diri dia sendiri. Dan kesannya sangat severe, peluang didepan mata terlepas begitu saja.

Dia ingat dia sudah lupa benda lama, tapi memori yang datang balik tadi menidakkan perkara itu. Boleh jadi, memori sama menjengah kembali dimasa akan datang.

Kesilapan yang dia tak rasa bangga lansung pun.

Ya betul, dia ada Tuhan sebagai tempat mengadu, dia Maha Mendengar. Itu sudah tentu.

Tapi jejaka yang konon cool kacak bergaya ini pilih untuk jadi manusia juga malam ini. Dia biarkan jua dirinya merasa lemah begitu. Sengaja. 

 Dia rasa yang dapat memuaskan hatinya adalah dengan memutar masa sahaja. Dan dia nak sangat betulkan segala kesilapannya itu.

Tapi jangan mimpilah.

Satu saat yang dah terlepas adalah benda yang paling jauh sekali. Inikan pula 7 tahun yang lalu.

Akhirnya, yang pahit dan perit itu dia telan juga seorang. Sebab dia seorang saja yang alami. Dan dia sorang je yang rasa. 

Lalu terbayang jua wajah-wajah tersayang yang melalui saat itu bersamanya memberi sokongan.

Saat itu orang lain seolah-olah takda makna.

Bukan dia tak bersyukur apa yang dia ada sekarang, cuma malam ini dia pilih untuk jadi manusia. Dia juga lemah begini

Dia sangka dia dah moved on.

Tetapi sebenarnya sampai sekarang, tidak juga.

Terima lah hakikat itu wahai brothersayed. Terima lah hakikat itu.







p/s: kecewa, kecewa, menyesal, menyesal, menyesal , menyesal, sedih, sedih, kecewa, sesal, sesal, sesal, sedih, menyesal, menyesal, menyesal, menyesal T.T

No comments: