Dear Memory,
Baru sebentar tadi aku menerima berita tentang pemergian ibu salah seorang kenalan terdekatku.
Terkejut aku pada mulanya.
Untuk awal tahun ini sahaja, sudah dua berita seperti ini yang kuterima. Kedua-duanya melibatkan kenalan terdekatku.
Innalillahi wa Inna ilaihi raji'uunn. Al-fatihah buat mereka.
********
And this is also one of my biggest fear.
Kehilangan orang tersayang.
Walaupun aku tahu perkara ini suatu yang pasti. Dan tak boleh nak dielak, tapi ia sering menjadi perkara yang aku terfikir dari masa ke masa.
Aku terfikir macam mana lah aku nak hadapi kalau sampai masanya nanti. Kuatkah aku. Apa reaksi aku. Bagaimana hidup aku selepas itu.
Jadi seringkali aku tertanya-tanya bagaimanakah mereka menghadapinya (bagi yang pernah atau sedang mengalaminya)
Setakat yang aku dapat rasa setakat ini lah, aku belum lagi bersedia untuk menghadapi perkara seperti ni.
Datanglah pelbagai musibah kiri kanan depan belakang segala macam jenis pun aku rela. Tapi janganlah yang satu ini.
Memang aku tak boleh nak terima kenyataan tu nanti.
Kadang-kadang senyap senyap aku berharap biarlah aku yang pergi dulu supaya aku tak mengalami kehilangan ini. Sebab memang aku rasa aku tak akan mampu.
Sampai ke tahap itu.
Tapi bila difikirkan balik, that is one too selfish wish!
So kau harap kau boleh pergi dulu so that kau tak perlu nak rasa perit kehilangan orang tersayang semua ni?
Dengan kata lain kau jugak sebenarnya nak biarkan orang yang kau sayang menanggung peritnya kehilangan kau ? Macam tu?
Itu perilaku orang yang memang terlalu mementingkan diri!
Aku juga takmau orang tersayang sedih disebabkan aku.
Jadi nak taknak, aku harus juga bersedia siapkan diri. Kadang-kadang when the time comes, nak je aku pura-pura lagak tenang like nothing happened, mesti cool kan? Banyaklah kau punya cool! Benda-benda macamni pun nak cool jugak apekejadahnya kau ni.
Aku bukan robot, pura-puralah macam mana pun in the end aku tau aku akan break down jugak.
Alhamdulillah setakat ini aku tak pernah merasa kehilangan orang terdekat (parents or sibling, not that I wish for it thou)
Yang paling dekat pernah aku rasa is my grandparents.
Aku ingat lagi tahun 1995 pemergian embah lanang (atuk lelaki) belah emak. Sakit tua. Aku yang masih lagi di tadika tak mengerti apa-apa. Tak rasa apa-apa lagi.
Apa yang aku ingat adalah aku lihat dengan mataku sendiri embah dikambus dengan tanah sambil aku tertanya -tanya sendiri, kenapa orang-orang ini kambus embah sorang sorang dibawah tu, macam mana embah nak keluar dari situ untuk dia bermain denganku esok lusa.
Rupanya aku dah tak dapat lagi bermain dengan embah sejak dari itu. Heh. Too naive.
Yang kedua adalah embah wedok (nenek perempuan) belah emak. Tahun 2004, ketika itu aku dah remaja, besar sikit, kenal dunia. Masa tu sedang peperiksaan percubaan PMR. Aku di asrama, ayah datang jemput balik. Embah meninggal katanya. Terkejut aku.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku banyak diam saja. Kata ayah, embah meninggal sebab jatuh di bilik air. Aku tak tahu nak rasa apa dan bagaimana. Diam.
Sesampai dirumah ramai jiran berkerumun. Ah Sudah.
Tersentak sekejap jantung aku.
Punyalah aku ingat embah meninggal di kampung. Rupa-rupanya minggu itu memang turn mak aku jaga embah dan emaklah juga orang pertama yang sedar embah dah takde lepas tak keluar-keluar dari bilik air tu.
Seram sejuk juga aku melangkah masuk ke rumah. Melangkah perlahan-perlahan seolah-olah tak percaya apa yang terjadi.Selama ini aku ingat scene macamtu hanya jumpa kat drama TV je, sekali masatu terus aku rasa macam memang dah dalam drama dah pun, waktu babak sedih. Lepastu adik-beradik aku semua trauma nak masuk bilik air tempat embah jatuh tu, sampailah beberapa minggu.
Kedua-dua grandparents belah mak aku dah takde. Grandparents belah ayah masih ada lagi waktu itu.
Kemudian yang terbaru adalah pada tahun 2012, ketika aku masih di UIA. Waktu tu tengah final exam, dan aku ada paper petang tu. Ayah call awal pagi tu cakap Opah belah ayah dah meninggal. Tapi ayah tak suruh balik sebab ada exam. Aku memang trauma kalau ayah yang call time-time camtu. Tambah-tambah pada waktu yang tak strategik langsung. Mesti ade je benda tak elok jadi. Sebab ayah tak akan call kalau tak ada keperluan.
Tak sempat aku tengok wajah opah untuk kali terakhir, yang tinggal hanyalah pusara opah yang aku ziarahi Aidilfitri pada tahun tu. Sunyi kampung tanpa suara opah.
Atuk yang pendiam dan yang selalu kena marah dengan opah tu pun murung dan tak seceria dulu semenjak pemergian opah. Bayangkanlah dah 60 lebih tahun bersama melayari bahtera rumahtangga, susah senang sama-sama sekali kena berpisah buat selama lamanya, mana tak sedih yop.
Walaupun pada mata aku, opah banyak kali marah atok sebab perwatakan atok yang agak lengai atau 'slow' dan selalu ambil tak kisah tu. Opah pulak jenis yang agresif dan kurang sabar dengan perangai atok. Itulah drama yang cucu-cucu tengok dan ketawakan tiap kali balik kampung. Comel betul mereka berdua. Marah marah tapi sayang gitu :p.
Aku ingat lagi selepas pemergian opah, atoklah orang pertama yang mengayuh basikal ke pusara opah di pagi Aidilfitri, bacakan talkin, bacakan doa, bersihkan pusara opah tak hirau lagi orang di sekelilingnya.
Bukan sekali dua aku ternampak atok sorok-sorok membuka kembali album-album lama yang ada gambar opah setiap kali lepas solat. Tiap kali dia buka album tu tiap kali itulah matanya merah berair. Tapi sebaik saja sedar ada cucunya nak masuk bilik, dia cepat-cepat sorokkan semula album gambar itu act like nothing happened.
Even sampai sekarang aku jamin album gambar tu masih lagi disitu, di laci almari baju atok penjuru bawah belah kanan yang dekat dengan penyidai sejadah tu.
Tinggallah aku seorang atok sampai sekarang.
Tamat cerita aku.
Memang. Aku tau, berat mata memandang, sebenarnya berat lagi bahu yang memikulnya.
Aku hanya mampu doakan agar kau diberikan ketabahan saat diuji seperti ini.
Ujian seperti inilah yang mengingatkan kita bahawa, apa yang kita ada didunia sekarang ini tak kekal selamanya. Yang sebenarnya ada alam lain yang lebih kekal yang kita akan pergi
Dan apa yang kita terkejar-kejarkan sekarang ini sebenarnya tak bawak ke mana sangat pun sebenarnya.
Jadi janganlah kita terlalu leka sampai tak terfikir dan tak persiapkan diri lansung untuk hal-hal camni.
Moga sampai saatnya nanti kita boleh bertemu Dia dalam keadaan yang paling bersedia sekali. Aku doakan untuk aku dan kau yang sedang membaca ni. Ameen.
p/s: They say, time heals everything. does it? Or is it because we get used to pain for too long that we no longer feel anything? you decide.
No comments:
Post a Comment