Saturday, 8 February 2014

#26: The Impossible Trinity

Dear Memory,

Have you ever heard a concept in International Economics called The Impossible Trinity?

It is a trilemma of which it is impossible for a government to have all three policy options at the same time. The most it can have is two, by sacrificing the other one.

Those three are : Independent Monetary Policy, Free Movement of Capital and Fixed Exchange Rates.

Ok, dah. Nak tahu lebih lanjut sila-sila lah rujuk Haji Goog atau Encik Wiki.



Tapi di sini bukan aku nak cerita soal ekonomi. Yang aku nak cerita ialah "The Impossible Trinity" yang lain. Soal kehidupan.

Yang aku terbaca dalam laman-laman sosial rasanya. Entah aku pun tak ingat dari mana aku jumpa. Tapi nak kata teruja tak terujanya aku dengan konsep ni sampai sekarang jugaklah aku ingat lagi mesej nya.

The Impossible Trinity yang dimaksudkan ialah -

 Energy/Kesihatan - Time - Harta (ataupun Tenaga - Masa - Harta)


1. Zaman Remaja - Banyak Masa. Banyak Tenaga. Tiada Harta.

2. Zaman Dewasa - Banyak Tenaga. Ada Harta. Tiada Masa.

3. Zaman Tua - Banyak Harta. Banyak Masa. Tiada Tenaga.


Mustahil ketiga-tiga perkara tersebut wujud pada satu-satu masa ikut peredaran umur kita

Aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh konsep diatas. Aku sendiri akui. Hidup ini punya kitaran seperti ini.

Dan aku dalam proses transisi antara No1. dan No. 2.

Boleh juga aku katakan aku semakin meninggalkan No. 1.

Tapi agak-agak kau lah zaman mana yang kau rasa  paling berharga ?

Aku ada jawapanku sendiri. Kau pun tentu ada jawapannya.

Aku hanya mampu berdoa Tuhan berkatilah Masa, Harta dan Tenaga/Kesihatan yang kau pinjamkan ini. Semua pun milikMu. Kau bagi pinjam dan Kau boleh ambil semula bila-bila Kau suka.




p/s: Anak muda penuh dengan gejala sosial, yang di masjid pula hanya yang tua-tua. Kau rasa betul ke patutnya macam tu?  Ada kaitan tak konsep di atas dengan situasi ni?

No comments: