Hai memory,
Did I tell you that I am at kampung now?
Yes I am.
Today is my second day at kampung. A four days weekend due to CNY and Hari Wilayah.
Full house dekat rumah. Semua adik beradik balik. Complete seven. Mum and dad, and 5 adik-beradik.
Memang dah lama look forward to balik kampung ni. Kalau ikutkan stress kerja, memang nak tiap-tiap minggu balik. In fact, boleh je sebenarnya. Cuma tak nak busy kan diri ulang alik kalau setakat cuti dua hari je.
Bagiku, balik kampung adalah tempat untuk aku lupakan sementara segala masalah. Tempat untuk aku kumpulkan balik segala kekuatan mental dan fizikal. Eceh
Tapi betullah, kalau its a rough week, memang cepat-cepat je aku nak week tu berakhir. Escape ke tempat lain, selain kotaraya yang kurang aku gemari ini.
Tentang beza hidup kampung dan bandar, lama dah aku nak tulis tentang ini. Mungkin satu hari nanti akan ku tuliskan di blog ini. Pandangan dan preference aku tak pernah berubah tentang hidup kampung dan bandar. Mungkin ramai yang tak setuju, tapi aku tetap dengan pendirianku. Padangan masing-masing.
Berbalik ke cuti CNY, aku sekarang dirumah beramah mesra bersama keluarga dan bermain-main dengan Momot si kucing notty. Hanya aku seorang yang telah bekerja dalam kalangan adik beradik ku.
Yang pasti aku gembira sekali dapat balik ke kampung. heheh.
Aku juga ada target untuk siapkan beberapa kerja minggu lepas yang tertunggak. Meeting notes
Setiap kali selepas meeting aku perlu mencatat minutes of meeting. Aku memilih untuk merekod segala isi kandung meeting menggunakan voice recorder handphone ku. Walaupun secara tradisi nya mana ada orang record meeting, just catatkan sahaja di buku isi isi penting.
Memandangkan aku masih noob, dan takut kehilangan point point penting meeting selama sejam lebih itu aku rakam kan juga. Dua meetings Genting dan Axiata.Dua minutes of meeting. Great.
Sebut soal kerja office, ada satu perkara kelakar yang berlaku semalam sebaik sahaja sebelum waktu ofis tamat. Aku biasanya akan membawa terus beg pakaian ke ofis sebab aku akan terus balik ke kampung sebaik tamat office hour.
Alkisahnya beberapa teman office (wanita) ingin aku menyampaikan salam kepada ibu. Termasuklah seorang manager wanita. "sampaikan salam "Assalamualaikum" dari besan katanya". Kah kah kelakar pula.
Seingat aku, seorang, dua orang, tiga, empat, lima.. Ya lima orang kawan ofis suruh sampaikan salam pada ibu ku.
Aku kurang mengerti tujuan mereka, tidak pula aku bertanya, mungkin mereka bergurau agaknya. Tapi aku tetap sampaikan juga salam mereka pada ibu. Ibu hanya tersenyum.
Entahlah.
Dah, mau siapkan kerja.
Malam ni ada EPL and futsal pula dengan orang desa.
No comments:
Post a Comment