Hamka adalah salah seorang tokoh yang amat kusanjung, kata-katanya penuh hikmah dan nasihat. Peribadinya pula suatu yang perlu dicontohi. Ku senaraikan di sini antara pesan- pesan yang pernah beliau sampaikan. Jikalau kalian pembaca-pembaca blog ini (eceh ramai lah sangat pembacanya konon) ada masa, cubalah baca hasil tulisan beliau, mahupun ceramahnya di youtube.
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
- Pepatah orang Makassar: Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah untuk berjuang. Jikalau perahunya telah ia kayuh ke tengah, Ia tidak boleh bersurut pulang, Meskipun bagaimana besar gelombang, Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, Ia lebih mulia baginya dari pada membalik haluan pulang.
- Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
- Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
- Dia lupa...nikmat yang ada dalam tangannya dia lupa kerana mengharapkan nikmat yang akan datang. Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
- Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
![]() |
Buya Hamka |
No comments:
Post a Comment