Wednesday, 19 February 2014

#39: Geng sekolah rendah

Dear Memory,


Masihkah kau ingat lagi zaman aku comel comel dahulu? <-statement takboleh blah

Kala aku masih di bangku tadika, sekolah rendah darjah satu dua dan tiga?

Indah kan waktu tu?


******

Boleh faham tak memori terpisah?

Memori terpisah dengan geng yang kita ada sejak tadika dulu pegi sekolah sama-sama, main sama sama, gaduh sama sama, sekolah agama rakyat sama sama, yang memang bersama sejak dari tadika 5 tahun sampai lah darjah 3!

Geng itu, muka itu jugaklah yang bersama selama di sekolah rendah! Ada lah dalam 5 lelaki, lima perempuan. Semua masatu kecik kecik comel je semua.

Ceritanya aku mula terpisah degan dorang sejak berumur 11 tahun. Aku paling awal terpisah dengan dorang.  Ikut haluan masing-masing. Ikut family. Zaman tu tak kenal benda-benda keep in touch ni. Yelah. Zaman budak budak. Tak kenal erti kawan dan persahabatan lagi. FB takde, Fon takde, Twitter lagi lah takde. Inikan pula Instagram.


Nak dijadikan cerita, bila dah remaja belia dewasa ni seringlah terkenangkan zaman kanak-kanak tu. Dengan segala jenis kenangan tu, terkenanglah jugak watak-watak dalam kenangan tu iaitu geng-geng aku dulu tu.

Rindu sangat dorang. Kadang-kadang aku berdoa nak jumpa balik semua dorang tu. Ada lah dalam 14 tahun dah kitorang berpisah. Aku tak pernah berhenti berdoa nak jumpa dorang balik. Dorang part of memory zaman kanak-kanak aku, manalah tak rindu.

Walaupun aku tau, kalaulah aku jumpa dengan dorang sekarang ni, dengan muka masing-masing dah berubah. Mesti awkward gilaa. For all I know, those persons you knew 14 years back  are now different persons. Memang awkward punyalah! aku jamin.

Tapi masih lagi berharap kita dapat reunion sama-sama wahai kawan-kawan lama.

Dorang pun entah ke mana. Entah dorang masih ingat aku lagi atau tak pun aku tak tau.

*********

Alkisahnya aku terjumpa sorang kawan lama ni kat satu majlis kenduri kahwin ni dalam sebulan lepas. Salah sorag dari geng budak laki tu.

Excitedd!

Lain gilaa muka. Aku yang tegur dulu. Nasib baik masih cam lagi muka aku. hehe

Sumpah, awkward gilaa! 

Senyum paksa, create fake conversation bagai awal-awal tu.

Mujurlah lepas tu dah get along sikit. Then dia cakap dia masih lagi contact kawan-kawan lama kita. Siap ada whatsapp group yang baru dibuat for geng sekolah rendah kitorang lagi! just baru-baru ni je pun dorang buat.

Punyalah aku excited!

Lepastu aku pun diinvite dalam group tu. Muahaha awkward gila. Memang senyap menyepi lah aku dalam group itu, sebab aku paling lama tak jumpa dorang and tak contact dorang.

Rasa masa diputar balik jumpa ke 14 tahun lepas jumpa balik kawan-kawan lama boleh faham tak? Macam mimpi! 

Well its not actually jumpa pun,just whatsapp group je, ala you know  boleh follow conversation dorang dalam group tu, rasa connected balik tu je. Thats how it feels like bila dapat contact and connect balik dengan mereka semua.

Tiba-tiba ade yang buat suggestion nak reunion. Oh God please make that happen, cant wait to meet every single of them and catch up. *happydancing*


******

Kalau jumpa nanti mesti panjang ceritanya. Mesti setiap orang ada ceritanya tersendiri. Sama lah macam kisah aku juga. Jalan cerita itu yang menjadikan kita seperti hari ini.



Jom reunion geng sekolah rendahku! Mari lihat apa yang ruang masa ini dah buat pada kita.



No comments: