Sunday, 23 February 2014

#41: Saturday

Dear Memory,

Hari Sabtu minggu ni dihabiskan dengan banyak perkara yang produktif.

Seawal subuh pergi ke surau bersama Rasydan yang tumpang tidur semalaman di rumah.

Rasydan adalah kawan Herman (housemate) semasa di Birmingham. Dan kebetulan ya amat sangat gila sekali (hiperbola punya statement) Rasydan juga adalah  roomate katil sebelah dan classmate meja sebelah semasa di Klang dulu (form 5). Terkebetulan yang amat sangat ter ber. (adoi rosak bahasa jiwa bangsa T_T)

Kemudian beli sarapan nasi lemak dan selepas selesai bersarapan aktiviti diteruskan dengan membasuh 'L' pronounced as 'El' iaitu motor kesayangan yang jantinanya masih belum di kenal pasti. Kahkah.

El is derived from Yamaha LC 350cc. Its an 'El'. Salah satu harta duniawiku yang banyak berjasa dari segi membawa aku pergi dan balik dari tempat kerja. El juga begitu setia berkhidmat membawa aku ke surau, pasar, gerai makan, bersukan, beriadah. Pendek kata hidup ini serba tak lengkap kalau tanpa El. Hubungan kami baru sahaja mencecah 5 bulan Februari ni. Alhamdulillah hubungan kami baik setakat ni dan El tak pernah timbulkan apa apa masalah lagi setakat ni. Harapnya baik baik terus ye El! Mungkin aku harus buat satu post khas pasal El ni.





Say Hi to El!


The highlight of the day would be meneman si Fadzly ke UiTM Shah Alam pendaftaran student master, almaklumlah pali nak sambung pelajarannya di peringkat Master of Education. Selalunye yang hanta anak belajar ni, mak bapak dorang, so tadi aku lah yang jadi parents merangkap bapak kepada si Fadzly ni. Maklumlah parents dia jauh di Pontian, olo ciann. Meow.

Kebetulan pula terjumpa dengan si Luqman, satu-satunya kawan sekamcheng kami yang sudah berumahtangga Ogos tahun lepas. Terkejut jugalah masa kami mula-mula dapat tau berita itu. Diam diam ubi berisi orangya si Luqman ni. Dan oleh sebab itu tak hairanlah yang menemannya pada pagi tadi adalah si mata hati Nasihah. Hai untunglahhh dah kahwin. muehehe.

Kebetulan Luqman juga menyambung Master di situ. Islamic Banking.

Bila urusan dah tamat, Aku dan Fadzly pun ke Setia City Mall! Yeehaa! Menyopingkan diri! banyak jugalah keluar ongkos, wangnya mengalir bagaikan pili yang sudah rosak injapnyaaa!

Tapi itu bukan boros, ada keperluan. Baju kerja dan beberapa keperluan lain. (amboi kemain pandai cover.lulz)

Then kitorang balik membongkang penat lalu padam seketika. 

Malam pulak aku main badminton dengan si Azri (housemate lagi sorang) dengan geng-geng dia. 9-11pm. Ok lah tu dapat exercise walaupun sebenarnya tak berapa puas sebab ramai sangat. Haha. 

Habis main badminton sempat view match EPL sekejap. Then sini lah aku menghadap laptop ini.

Itu sahaja aktiviti harini sekiann!

Sadaqollahul Azim. Mai tidoq.



p/s: i)Teruja tengok orang sambung master ni. 
ii) Oh minggu depan Pengarah dah masuk Office.
iii)Ada beberapa perbincangan serius bersama Rasydan semalam. Termasuk dalam salah satu azam aku tahun ni. Harapnya ada follow up dari dia.


No comments: