Saturday, 15 February 2014

#33: Sambungan Kisah dari Office


Masih ingat lagi entry ini?


Hari ini biar kuceritakan sambungannya.


*****


"Sayed, macamane ni..?"


"Macam mana apanye?"


"Aku rasa aku nak jumpa and start balik dengan ex aku lah.."


Ngaga besar.


"Whatttttt!?"


*****


Sudah agak lewat petang haritu, menghampiri senja.

Hanya tinggal kami berdua di office.

Selalunya memang begitu. Ramai yang balik awal pada hari Jumaat. Maklumlah hari terakhir dalam seminggu. Memang takde mood lah dah nak stay lama lama ni.

Lain pula bagi aku dan Hadi(bukan nama sebenar).

Kebetulan petang itu aku ada sedikit kerja yang ingin disiapkan. Hadi pula entah sebab apa dia stay pun aku tak tau. Asyik pandang screen phone sahaja dari tadi. Takde pulak kerja yang dibuat.

Sudah beberapa minggu juga habitnya seperti itu. Sering sahaja balik lewat.

Yang aku hairan dia ni sudah berkeluarga. Ya, sudah berumahtangga! Ada bini dan anak kecil menunggu di rumah. Anak lelakinya itu baru capai umur setahun. Apa yang dia buat di office sampai  lewat malam selama ini? Tak sedarkah dia yang dia ada tanggungjawab lain dirumah, anak dan isteri?


Petang itu aku seolah-olah sudah menemui jawapan kepada persoalan-persoalan itu.


Hadi hanya tua dua tahun daripada aku. Graduan Engineering dari University of Purdue, USA itu bukan calang-calang orangnya. Bijak pun bijak. Rajin dan bersemangat itu adalah sikapnya sampai jadi antara kesayangan boss di office. (Apa aku tak cukup rajin dan bersemangat ke? :p)

Sebaik saja balik dari USA dua tahun lepas, dia terus mendirikan rumahtangga. Dengan gadis yang baru dikenali sepulangnya ke tanah air. 2 tahun berumah tangga mereka dikurniakan seorang anak.

Sebabtu jawapannya untuk kembali bersama Ex nya itu menyebabkan aku nganga besar. Kau gila ke apa, kau dah ada anak sorang kot.


"Aku tak gila la Sayed, mana tau ada rezeki boleh aku tambah sorang lagi."


Aku ingat nganga aku yang tadi dah cukup besar, rupanya belum lagi. Yang ni lagi super mega besar.

Entah iblis mana yang merasuk jiwanya ni, cakap benda yang bukan bukan. Dah fikir masak- masak ke kau tu bro.

Satu perkara yang aku perasan. Hadi ni emosional juga orangnya, kurang sabar, terikut-ikut sangat darah muda, tak fikir panjang orangnya. Apa yang dia nak, semua kena ikut cara dia. Buat kerja pun macamtu. Kadang-kadang ruang untuk dicussion pun takde, serious sungguh nak capai apa yang dia nak.

Tapi takpe itu kisah lain.


"Entahlah Sayed, syaitan mana yang menghasut aku ni pun aku taktau, tapi semenjak dua menjak ni, macam ni la yang aku rasa. Aku nak balik rumah pun tak happy. Asyik-asyik bergaduh dengan bini aku. Bila bergaduh je aku malas nak layan, aku start motor terus keluar rumah, pegilah mana mana asalkan bukan rumah. Bila balik rumah je kitorang mesti gaduh, sebabtu aku stay je kat office tiap malam, kurang sikit kitorang gaduh."

Persoalanku terjawab.

Rumah bagaikan neraka buatnya.


Inilah yang sering aku tekankan pada budak-budak muda sekarang ni. Jangan ingat seronok bercinta je. Memanglah masa bercinta semuanya indah je, macam syurga. Tapi kau pun harus realistik. Pertengkaran pasti terjadi dalam rumah tangga.

Bagi aku pertengkaran dan pergaduhan antara suami isteri itu normal. Benda biasa.

Lihat saja pada ibu ayah kita, bukan tak pernah kita lihat mereka berselisih pendapat.

Tapi apa yang lebih penting di sini adalah macam mana kau nak menangani/handle perselisihan pendapat tu. That is key. Itu yang penting.

Dan kat sini aku nak nyatakan, yang memainkan perananan paling penting dalam hal ini adalah pihak lelaki. Husband kena jadi yang paling rasional sekali dalam situasi itu. Dia tak boleh terikut emosi atau ego. Dia seharusnya mampu mengawal the whole situation. 

Cukup setakat tu. Mungkin aku akan kupas lagi pandangan aku tentang isu ini entry akan datang.


Berbalik kepada cerita tadi. Isteri Hadi tidak bekerja. Hanya bisnes sendiri sendiri. Bukan tak boleh kerja lain, ada kelulusan degree cuma dia tak suka kerja makan gaji 

Kata Hadi, modal bisnes isterinya datang dari poketnya. Bukan sedikit pulak tu. Lepas tu bisnesnya tak berapa nak jalan. Hadi disuruhnya pula untuk menggerakkan bisnes tersebut. Apalagi meradanglah si husband. Sudahlah Hadi penat bekerja 5 hari seminggu balik lewat malam, disuruhnya pula gerakkan bisnes dia yang tak jalan tu. Sudahlah modal pun datang dari poketnya. Dia hanya goyang kaki tunggu disuap saja.

Begitulah rungut Hadi. Dan baru-baru ini isterinya mintak nak hire orang gaji untuk jaga anak mereka. Keluar duit lagi. 

"Dahlah duit rumah aku yang bayar, duit kereta motor aku yang tanggung, makan of course memang datang dari aku, modal bisnes pun aku bagi, tiba-tiba nak aku tolong run kan bisnes dan hire orang gaji baru pulak? Habis kau tu buat apa dirumah. goyang kaki tunggu disuap makan? aku bukan orang kaya, habis segala duit yang aku kumpul selama ini kerja penat-penat!" Begitulah rungut Hadi.


Punca segala-galanya adalah dari masalah kewangan.


Yang manis pun jadi pahit dalam rumah tangga. Ya masalah kewangan. Padahal gaji yang Hadi dapat tu pun bukan sedikit kalau nak dicompare dengan orang lain dalam kategori fresh grad.

Hadi merasakan isterinya tidak berlaku adil pada dirinya. Isterinya tak faham dia.  

Penyudahnya Hadi teringatkan Ex lamanya yang sekarang ni masih single. 5 tahun mereka bersama sebelum dia berangkat ke US dulu kata Hadi. 

"Dia yang paling faham aku. Dia yang ada waktu aku senang dan susah dulu. Bagi kata-kata semangat. Kalau aku kahwin dengan dia dulu kan mesti hidup kami bahagia"

Mudah sekali Hadi buat kesimpulan.

Padahal isu pada mulanya tadi adalah perkara lain.

Ya, inilah realitinya.


Masalah kewangan really is a big deal dalam kebahagiaan rumahtangga. Jangan pandang sebelah mata je sebab seronok bercinta.

Dan bagi aku soal kewangan ni patut diurus oleh pihak lelaki sebelum ada hajat nak mendirikan rumahtangga.

Aku bagi nasihat yang baik-baik sahaja pada Hadi. Dan sampai sekarang rumahtangga mereka masih bertahan (walaupun isterinya pernah minta cerai). Hadi pun rasional orangnya. Dia masih boleh kawal keadaan.

Kalau ikutkan banyak aspek yang aku ingin sebutkan disini tentang realiti hidup bila dah berumahtangga yang jarang orang-orang muda fikir dek kerana terlalu disibukkan dengan ketaksuban nak kahwin. Bila tengok orang lain kahwin dia pun sibuk nak kahwin. Tapi financially not prepared.

Kesimpulannya, fikir masak-masak dulu sebelum kahwin. Jangan kita pursue temporary happiness at the expense of real and long term happiness. Senang cerita jangan nak diikutkan darah muda tu sangat.

Jadikan kisah ini satu pengajaran. Aku tanya hadi adakah dia menyesal berkahwin awal dulu. Sekarang dia sendiri jadi tak pasti. Ada sedikit sesal. 

Kalau lah dia sabar sedikit mungkin dia boleh betul betul cari orang yang sesuai dengan nya. Mungkin dia boleh prepare dia punya financial. Tapi menyesal sekarang tak berguna. Apa yang dia dah mulakan dia harus teruskan. Dia tak boleh putar balik masa.

Itu semua pilihan diri sendiri sebenarnya. Mendirikan rumahtangga bukan perkara main-main.

Purpose of getting married tu should be correct and clear dari awal lagi. Sebab kau nak ada dalam perkahwinan tu lebih lama lagi dari tempoh kau hidup sampai sekarang.


(Eh,rasanya masa mula-mula datang idea nak buat entry ni tadi conclusion dia patutnya lain, tapi yang ni ending dia dah lain pulak, haha whateverr)




p/s: Berita baik dari office semalam sudah official! Yeay Alhamdulillah! Akan ku kerja dengan sebaik mungkin :')

No comments: