Ini kisah semalam.
Nak dijadikan cerita, lepas kerja semalam aku terus ke majlis tahlil untuk arwah ibu kepada kenalanku itu. (baca entry sebelum ini)
Ramai juga kawan-kawan Akhiclub yang datang.
Lepas Maghrib, aku dan Fadzly (housemate) bertolak ke kediamannya di Seksyen 4, Bangi.
Majlis diadakan selepas Isya. Kami sampai memang tepat-tepat pada masanya.
Bangi.
Keluarga aku pernah menetap di sini untuk beberapa tahun. Waktu tu, ayah masih belajar di UKM. Aku dibesarkan di situ sehingga berumur 3-4 tahun dan kemudian barulah pindah ke Perak.
Semalam aku kembali ke situ semula.
Tiba-tiba aku teringat yang ramai juga officemate aku yang menetap di Bangi, termasuk salah seorang manager kami, Kak Ina.
Jadi seusai majlis tahlil aku send location aku ke whatsapp group kami, kot-kot lah dorang familiar dengan kawasan rumah kawan aku tu.
Sekali memang betul.
Bukan takat familiar, malah rumah Kak Ina tu memang betul betul selang beberapa jalan saja dari situ.
Kecilnya dunia.
Memang aku stalk lah ke rumah Kak Ina. Kami di lorong 4/7J, rumah dia pula di lorong 4/7N. Katanya ada kereta estima putih di luar rumah.
Memang jelas ada satu rumah yang menepati ciri ciri yang K Ina describe tu. Apa lagi aku pun 'snap!' gambar rumah dia, upload ke group. Sekali memang betul. Hahaha.
Senanglah lepas ni nak ke rumah Kak Ina, dah tau jalan. Hehehe :p
Habis cerita.
p/s:
i) Harapnye kedatangan kami ni sedikit sebanyak mengurangkan hiba di hatimu wahai kawan :)
ii) Kak Ina ni salah seorang manager yang paling sempoi sekali kat office tu, yang masuk dengan budak-budak macam kami ni.hehe
iii) Alhamdulillah harini aku dapat berita gembira dari office tapi tak official lagi. Apa pun Alhamdulillah.
iv) Saje letak video kat entry ni. sedap lagunye, Musim Asmara by Soo Winci :)
No comments:
Post a Comment