Monday, 17 February 2014
#37: What defines you?
1- "Ish pakcik pengemis ni, dahlah pengotor berbau busuk pula tu, tepilah, aku nak lalu!" bentak Karim, sambil menepis mangkuk di tangan pengemis tua itu, bertabur syiling di atas kaki lima.
2- "Jahanamlah puak puak parti A ni! Tak mengamalkan hukum hudud ke nerakalah tempatnya! Takbir!" tempik seorang penyokong parti B, yang berlilit serban di kepala siap berjubah, di hadapan penyokong-penyokongnya sempena pilihan raya.
3- "Kau tengok si Alin tu, dalam UIA je dia bertudung, kat luar terdedah sana terdedah sana. Dia tu free hair aku nampak gambar kat fb dia" bisik Udin pada Zul dalam kelas Ekonomi.
4- "Lagi-lagi harga barang naik! B*d*hlah kerajaan pimpinan Dato Seri Na**b ni. Makan harta rakyat je tau! Kerajaan korup!" marah Ali di dalam LRT yang membawanya ke office saban hari.
5- " Perempuan mana yang Jalil bawak ke rumah tu, entah pelacur mana-mana entah. Jangan jangan mereka berzina dalam rumah tu tak?" gosip si Joyah jiran sebelah rumah bersama Bedah, tanpa usul periksa.
6- " Sudah- sudah lah Karim, aku tau kau update status status Islamik kat FB tu just nak pikat anak dara orang je tu, tak usah nak hipokrit sangatlah.." Sindir Budin
***********
Dialog dialog di atas adalah antara contoh yang kita boleh dengar dalam perbualan masyarakat pada hari ini.
Aku akui, aku pernah tergolong dalam sebahagian yang menuturkan kata-kata yang lebih kurang seperti di atas.
Namun, seiring menginjak dewasa banyak perkara kini aku lihat dari perspektif berbeza.
Mungkin sebab pengalaman,melihat pelagai ragam manusia, mungkin sebab bahan bacaan yang aku baca, dan mungkin juga sebab exposure kepada environment environment berlainan sepanjang perjalanan ini.
Pengalamanku tak banyak. Ilmuku tak luas. Namun apa yang kutemui sepanjang perjalanan ini kukutip, kuambil pengajaran, kufikirkan dan simpulkan setakat apa yang aku ketahui.
Proses ini menjadikan aku dewasa. Lebih mematangkan.
Salah satu yang ingin kukupaskan disini adalah soal "What defines you?"
Atau dalam bahasa mudahnya, apakah yang defines seorang itu bagaimana?
************
Aku percaya, mereka yang menuturkan kata seperti diatas juga ialah orang yang tiap kali lepas solat berdoa agar menjadi insan yang soleh, dikurniakan peribadi dan akhlak yang mulia. Dikurniakan syurga.
Tapi perbuatannya tidak menggambarkan apa yang didoa.
Mengutuk orang, mengkritik orang, membenci orang, menyindir orang, menghina orang will never make the situation any better, neither will it make he/she any better person, if not worse.
***************
"Tak suka tak apa, tapi jangan sampai benci"
Seringkali ku ulang frasa di atas ni bila aku nak sentuh 'what defines you".
"Tak suka" dan "benci" are two simplest examples that I can give to explain the topic.
Those two have different meanings. There is a fine line that differentiate the nature of the two.
There is nothing wrong with "Tak suka".
You can always dislike or disagree on things that you don't like. It will never define who you are.
But when it comes to "benci' you have made that personal. You hate. It comes from your heart.
And THAT will define you.
Samalah juga macam contoh kita beri sedekah. Yang penting bukanlah berapa banyak duit yang dah kita sumbangkan. Bukan juga untuk lihat orang miskin tu jadi kaya disebabkan sedekah kita.
Tapi just untuk willingness kita untuk korbankan sebahagian harta kita untuk orang lain. Willingness untuk kita infakkan kepada selain dari kepentingan kita sendiri. THAT willingness willl define you.
When you push yourself to do good, and it comes from within your heart, like voluntarily you do it, it becomes personal. And THAT will define you.
What comes from your heart that counts, not whats happening around you.
***************
Now let us see the different untuk statement-statement kat atas tu:
1. Walaupun pengemis itu kotor dan kita rasa jijik and takde rasa nak hulur apa-apa pun, just go away, lalu je macam biasa tak perlu nak hambur cacian bagai.
Pengajaran- Tak suka tak apa, taknak hulur derma tak salah, tak berdosa pun. Caranya, hulur senyum, jalan terus, tak perlu caci maki.
2. Adakah penyokong parti B dijamin masuk syurga. Wahal penyokong parti A pun solat lima waktu juga. Adakah penyokong parti B itu Tuhan yang tentukan syurga neraka manusia. Dia dengan berkopiah dan bserban itu pun belum tentu masuk syurga.
Pengajaran- Tak salah berbeza pandangan. Tapi jangan sampai benci. Berbeza pandangan itu lumrah. Tapi bila benci hingga mengkafirkan itu, itu datang dari dalam hati nurani sendiri. Yang busuk dan rosak.
3. Tak menutup aurat itu salah dia. Mencanangkan aib aurat orang itu datang dari awak. Yang bezanya sekarang ni, salah dia senang nak dinampak, tapi salah awak mencanang aib orang lain itu taknampak jadi awak rasa awak betul. Boleh je mulut awak tu diam aje and doakan dia diberi hidayah.
Pengajaran- Kadang-kadang ending dia yang awak umpat tu boleh jadi lebih baik dari ending awak yang kononnya malaikat itu.
4. Nak kritik kerajaan itu boleh. Awak ada pendapat sendiri. Tapi bila dah tahap mencaci maki itu datang dari hati awak sendiri. That defines who you are. Boleh je kritik dalam keadaan yang lebih positif dan tak hamburkan kata-kata kesat sebegitu.
5. Nampak tak busuk tak busuk hati tu? Tak payah tengok orang lain. It stinks mannn!
6. Boleh jadi dia betul-betul ikhlas. Cuma awak yang Su'uzonn. Kenapa awak boleh sangka buruk tu , itu tugas awak nak cari sebab apa. Yang pasti dia tak buat apa-apa yang salah, tapi what you just did/said did define who you are.
It doesn't matter kalau pun betul dia tu tak ikhlas, Ok dia tak ikhlas, so what? Its not your job to judge him/her whether dia ikhlas or not. Dia tak ikhlas and awak sindir dia is two different things. Yang tak ikhlas adalah dia. Tapi bila awak sindir, itu adalah perangai awak. Boleh faham tak?
p/s: Aku pun tak pasti bigger picture yang aku nak sampaikan ni, sampai ke tak. Basically, aku just nak share tindakan/reaction kita lah yang defines who we are. Bukannya things that happens around us.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
This is good.
Made me think.
Keep it up, inshaAllah.
May Allah bless. :)
Thanks anonymous :)
Pengalaman tak banyak, ilmu pun tak luas. Sekadar berkongsi apa yang ada.
Post a Comment