Wednesday, 26 February 2014

#43: Mendung yang menjengah seketika

Dear Memory,


Hari ini tiba kunjungan rasa sedih yang sudah lama tak menjengah.. 

Jarang betul dia rasa sedih, tapi hari ini, towards the end of the day, banyak juga dia termenung, sedih sendiri..

Sedih yang lebih kepada sesal.

Menyesal dan kecewa.

Pada sesuatu yang pernah berlaku pada dirinya di waktu lepas, dan kesannya yang masih lagi terasa hingga ke hari ini. Dan disebabkan silapnya sendiri dia terlepas suatu peluang besar. Yang tak mungkin datang dua kali dalam hidupnya.

Bukan di tak happy harini, malah ceria sungguh dia sepanjang hari tadi, siap bergurau-gurau dengan kawan-kawan di office, bergelak ketawa.

Tapi menjelang petang pabila dia sedang bermain futsal bersama kenalan lamanya itu, tiba-tiba memori lama datang menjengah. Memori yang tidak berapa manis untuk dikenang. 

Tiba-tiba dia berasa keseorangan di tengah ramai itu. Yang perit dan pahit itu ditelan jua.

Dia sangka dia dah move on. Bukan sekali dua dia cuba convince kan dirinya yang dia dah moved on. Tetapi sebenarnya tidak juga.

Bukan sekali dua juga orang kata "semua ini ada hikmahnya", sudah seratus lima puluh juta kali dia dengar benda yang sama. Tapi petang tadi dia pilih untuk tak nak terima hujah itu. 

Bagilah seribu kata-kata hikmat pun dia pilih untuk tak mahu mendengarnya malam ini.

Sengaja dia tak nak terima.

Letaklah apa jua alasan pun. Tapi kesilapan yang dia pernah buat itu memang got no others to blame other than himself. Memang salah diri dia sendiri. Dan kesannya sangat severe, peluang didepan mata terlepas begitu saja.

Dia ingat dia sudah lupa benda lama, tapi memori yang datang balik tadi menidakkan perkara itu. Boleh jadi, memori sama menjengah kembali dimasa akan datang.

Kesilapan yang dia tak rasa bangga lansung pun.

Ya betul, dia ada Tuhan sebagai tempat mengadu, dia Maha Mendengar. Itu sudah tentu.

Tapi jejaka yang konon cool kacak bergaya ini pilih untuk jadi manusia juga malam ini. Dia biarkan jua dirinya merasa lemah begitu. Sengaja. 

 Dia rasa yang dapat memuaskan hatinya adalah dengan memutar masa sahaja. Dan dia nak sangat betulkan segala kesilapannya itu.

Tapi jangan mimpilah.

Satu saat yang dah terlepas adalah benda yang paling jauh sekali. Inikan pula 7 tahun yang lalu.

Akhirnya, yang pahit dan perit itu dia telan juga seorang. Sebab dia seorang saja yang alami. Dan dia sorang je yang rasa. 

Lalu terbayang jua wajah-wajah tersayang yang melalui saat itu bersamanya memberi sokongan.

Saat itu orang lain seolah-olah takda makna.

Bukan dia tak bersyukur apa yang dia ada sekarang, cuma malam ini dia pilih untuk jadi manusia. Dia juga lemah begini

Dia sangka dia dah moved on.

Tetapi sebenarnya sampai sekarang, tidak juga.

Terima lah hakikat itu wahai brothersayed. Terima lah hakikat itu.







p/s: kecewa, kecewa, menyesal, menyesal, menyesal , menyesal, sedih, sedih, kecewa, sesal, sesal, sesal, sedih, menyesal, menyesal, menyesal, menyesal T.T

Sunday, 23 February 2014

#42: Macam biasa



Ok hari ini macam biasa, rutin hujung minggu aku.

Pergi ke Office menyiapkan beberapa kerja yang tertunggak. Gigih.

Biasalah, orang bawahan, kena lah kerja keras sikit. Janji aku tak stress datang office waktu weekend, and the initiatives come from within myself, takde sape pun suruh. Bila kita sendiri yang nak, outcome dia pun awesome.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Ini pun baru beberapa minit sampai office. Harapnya target kerja yang nak dibuat itu tercapai lah by the time aku balik dalam pukul 4 or 5pm nanti.

Oh, esok boss besar sudah mari, setelah seminggu bercuti. Harus akan ada soalan-soalan cepumas dan kuiz-kuiz menarik yang menanti kami rakyat marhaen ini.

Apa pun, antara aspek yang perlu ditingkatkan lagi adalah efficiency and productivity. Kerja kena cepat dan cekap. Output and outcome mesti lebih banyak within a stipulated time.

Takpe, belajar slow-slow. Kena pandai manage.

Like they said, as we grow older we must learn how to manage things. Don't panic when problems come, problems are there meant to be solved. The way how we handle and manage the situations determine how matured we are.

Because life is not getting any easier.

Semoga jadi panduan di masa-masa akan datang.

Bismillah, mari mulakan kerja~



#41: Saturday

Dear Memory,

Hari Sabtu minggu ni dihabiskan dengan banyak perkara yang produktif.

Seawal subuh pergi ke surau bersama Rasydan yang tumpang tidur semalaman di rumah.

Rasydan adalah kawan Herman (housemate) semasa di Birmingham. Dan kebetulan ya amat sangat gila sekali (hiperbola punya statement) Rasydan juga adalah  roomate katil sebelah dan classmate meja sebelah semasa di Klang dulu (form 5). Terkebetulan yang amat sangat ter ber. (adoi rosak bahasa jiwa bangsa T_T)

Kemudian beli sarapan nasi lemak dan selepas selesai bersarapan aktiviti diteruskan dengan membasuh 'L' pronounced as 'El' iaitu motor kesayangan yang jantinanya masih belum di kenal pasti. Kahkah.

El is derived from Yamaha LC 350cc. Its an 'El'. Salah satu harta duniawiku yang banyak berjasa dari segi membawa aku pergi dan balik dari tempat kerja. El juga begitu setia berkhidmat membawa aku ke surau, pasar, gerai makan, bersukan, beriadah. Pendek kata hidup ini serba tak lengkap kalau tanpa El. Hubungan kami baru sahaja mencecah 5 bulan Februari ni. Alhamdulillah hubungan kami baik setakat ni dan El tak pernah timbulkan apa apa masalah lagi setakat ni. Harapnya baik baik terus ye El! Mungkin aku harus buat satu post khas pasal El ni.





Say Hi to El!


The highlight of the day would be meneman si Fadzly ke UiTM Shah Alam pendaftaran student master, almaklumlah pali nak sambung pelajarannya di peringkat Master of Education. Selalunye yang hanta anak belajar ni, mak bapak dorang, so tadi aku lah yang jadi parents merangkap bapak kepada si Fadzly ni. Maklumlah parents dia jauh di Pontian, olo ciann. Meow.

Kebetulan pula terjumpa dengan si Luqman, satu-satunya kawan sekamcheng kami yang sudah berumahtangga Ogos tahun lepas. Terkejut jugalah masa kami mula-mula dapat tau berita itu. Diam diam ubi berisi orangya si Luqman ni. Dan oleh sebab itu tak hairanlah yang menemannya pada pagi tadi adalah si mata hati Nasihah. Hai untunglahhh dah kahwin. muehehe.

Kebetulan Luqman juga menyambung Master di situ. Islamic Banking.

Bila urusan dah tamat, Aku dan Fadzly pun ke Setia City Mall! Yeehaa! Menyopingkan diri! banyak jugalah keluar ongkos, wangnya mengalir bagaikan pili yang sudah rosak injapnyaaa!

Tapi itu bukan boros, ada keperluan. Baju kerja dan beberapa keperluan lain. (amboi kemain pandai cover.lulz)

Then kitorang balik membongkang penat lalu padam seketika. 

Malam pulak aku main badminton dengan si Azri (housemate lagi sorang) dengan geng-geng dia. 9-11pm. Ok lah tu dapat exercise walaupun sebenarnya tak berapa puas sebab ramai sangat. Haha. 

Habis main badminton sempat view match EPL sekejap. Then sini lah aku menghadap laptop ini.

Itu sahaja aktiviti harini sekiann!

Sadaqollahul Azim. Mai tidoq.



p/s: i)Teruja tengok orang sambung master ni. 
ii) Oh minggu depan Pengarah dah masuk Office.
iii)Ada beberapa perbincangan serius bersama Rasydan semalam. Termasuk dalam salah satu azam aku tahun ni. Harapnya ada follow up dari dia.


#40: Apa khabar azam baru?

Holla~

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk minggu terakhir bulan Februari bagi tahun 2014.

Apa dah jadi pada azam tahun baru 2014 haritu?

Ada apa-apa progress? Still intact? atau dah hilang leboh terus, hangat-hangat tahi ayam saja?

Hopefully masih lagi dikekalkan lah ye.  :p

Ingat, kalau kita ada jot down kita punya azam di mana-mana buku or diari or meja study, take sometime untuk review balik, and tengok apa progress as weeks and months pass by. 

Thats why it is important to write down the target. That is your plan. That is your mission for this year. Unless, you are not serious about your mission or you don't think that you want to achieve anything this year, then just forget it. Azam baru is merely nothing more than just a ritual or tradition to celebrate the new year. It has no meaning in it.

For those who do have targets or missions to achieve this year, February is still not to late to steer the ship to the right direction. 

Agar tercapai apa yang di usahakan.

Anda tentukan!




p/s: the entry is mainly influenced by performance review yang perlu di submit kepada supervisor last week. Bila kira-kira balik macam takde ape ape sumbangan lagi pada department sejak Januari haritu. And dua bulan dah berlalu. Perlu lebih proaktif dan gandakan usaha untuk provide added value to the department!

Wednesday, 19 February 2014

#39: Geng sekolah rendah

Dear Memory,


Masihkah kau ingat lagi zaman aku comel comel dahulu? <-statement takboleh blah

Kala aku masih di bangku tadika, sekolah rendah darjah satu dua dan tiga?

Indah kan waktu tu?


******

Boleh faham tak memori terpisah?

Memori terpisah dengan geng yang kita ada sejak tadika dulu pegi sekolah sama-sama, main sama sama, gaduh sama sama, sekolah agama rakyat sama sama, yang memang bersama sejak dari tadika 5 tahun sampai lah darjah 3!

Geng itu, muka itu jugaklah yang bersama selama di sekolah rendah! Ada lah dalam 5 lelaki, lima perempuan. Semua masatu kecik kecik comel je semua.

Ceritanya aku mula terpisah degan dorang sejak berumur 11 tahun. Aku paling awal terpisah dengan dorang.  Ikut haluan masing-masing. Ikut family. Zaman tu tak kenal benda-benda keep in touch ni. Yelah. Zaman budak budak. Tak kenal erti kawan dan persahabatan lagi. FB takde, Fon takde, Twitter lagi lah takde. Inikan pula Instagram.


Nak dijadikan cerita, bila dah remaja belia dewasa ni seringlah terkenangkan zaman kanak-kanak tu. Dengan segala jenis kenangan tu, terkenanglah jugak watak-watak dalam kenangan tu iaitu geng-geng aku dulu tu.

Rindu sangat dorang. Kadang-kadang aku berdoa nak jumpa balik semua dorang tu. Ada lah dalam 14 tahun dah kitorang berpisah. Aku tak pernah berhenti berdoa nak jumpa dorang balik. Dorang part of memory zaman kanak-kanak aku, manalah tak rindu.

Walaupun aku tau, kalaulah aku jumpa dengan dorang sekarang ni, dengan muka masing-masing dah berubah. Mesti awkward gilaa. For all I know, those persons you knew 14 years back  are now different persons. Memang awkward punyalah! aku jamin.

Tapi masih lagi berharap kita dapat reunion sama-sama wahai kawan-kawan lama.

Dorang pun entah ke mana. Entah dorang masih ingat aku lagi atau tak pun aku tak tau.

*********

Alkisahnya aku terjumpa sorang kawan lama ni kat satu majlis kenduri kahwin ni dalam sebulan lepas. Salah sorag dari geng budak laki tu.

Excitedd!

Lain gilaa muka. Aku yang tegur dulu. Nasib baik masih cam lagi muka aku. hehe

Sumpah, awkward gilaa! 

Senyum paksa, create fake conversation bagai awal-awal tu.

Mujurlah lepas tu dah get along sikit. Then dia cakap dia masih lagi contact kawan-kawan lama kita. Siap ada whatsapp group yang baru dibuat for geng sekolah rendah kitorang lagi! just baru-baru ni je pun dorang buat.

Punyalah aku excited!

Lepastu aku pun diinvite dalam group tu. Muahaha awkward gila. Memang senyap menyepi lah aku dalam group itu, sebab aku paling lama tak jumpa dorang and tak contact dorang.

Rasa masa diputar balik jumpa ke 14 tahun lepas jumpa balik kawan-kawan lama boleh faham tak? Macam mimpi! 

Well its not actually jumpa pun,just whatsapp group je, ala you know  boleh follow conversation dorang dalam group tu, rasa connected balik tu je. Thats how it feels like bila dapat contact and connect balik dengan mereka semua.

Tiba-tiba ade yang buat suggestion nak reunion. Oh God please make that happen, cant wait to meet every single of them and catch up. *happydancing*


******

Kalau jumpa nanti mesti panjang ceritanya. Mesti setiap orang ada ceritanya tersendiri. Sama lah macam kisah aku juga. Jalan cerita itu yang menjadikan kita seperti hari ini.



Jom reunion geng sekolah rendahku! Mari lihat apa yang ruang masa ini dah buat pada kita.



Tuesday, 18 February 2014

#38: Patutnya..


Patutnya aku bersyukur.

Patutnya aku lebih bersyukur.

Apa yang aku dapat ini adalah untuk bina masa depan.

Seharusnya aku jadi lebih bersyukur.

Tapi tindakanku langsung tidak menggambarkan ucapan terima kasih itu.

Jangan sampai ditarik balik segalanya tu. Jangan sampai tahap itu.

Patutnya kau lebih bersyukur, Sayed.

Bukan macam ni.

Tak boleh macam ni.





Monday, 17 February 2014

#37: What defines you?


 1- "Ish pakcik pengemis ni, dahlah pengotor berbau busuk pula tu, tepilah, aku nak lalu!" bentak Karim, sambil menepis mangkuk di tangan pengemis tua itu, bertabur syiling di atas kaki lima.


2- "Jahanamlah puak puak parti A ni! Tak mengamalkan hukum hudud ke nerakalah tempatnya! Takbir!" tempik seorang penyokong parti B, yang berlilit serban di kepala siap berjubah, di hadapan penyokong-penyokongnya sempena pilihan raya.


3- "Kau tengok si Alin tu, dalam UIA je dia bertudung, kat luar terdedah sana terdedah sana. Dia tu free hair aku nampak gambar kat fb dia" bisik Udin pada Zul dalam kelas Ekonomi.


4- "Lagi-lagi harga barang naik! B*d*hlah kerajaan pimpinan Dato Seri Na**b ni. Makan harta rakyat je tau! Kerajaan korup!" marah Ali di dalam LRT yang membawanya ke office saban hari.


5- " Perempuan mana yang Jalil bawak ke rumah tu, entah pelacur mana-mana entah. Jangan jangan mereka berzina dalam rumah tu tak?" gosip si Joyah jiran sebelah rumah bersama Bedah, tanpa usul periksa.


6- " Sudah- sudah lah Karim, aku tau kau update status status Islamik kat FB tu just nak pikat anak dara orang je tu, tak usah nak hipokrit sangatlah.." Sindir Budin



***********

Dialog dialog di atas adalah antara contoh yang kita boleh dengar dalam perbualan masyarakat pada hari ini.

Aku akui, aku pernah tergolong dalam sebahagian yang menuturkan kata-kata yang lebih kurang seperti di atas.

Namun, seiring menginjak dewasa banyak perkara kini aku lihat dari perspektif berbeza.

Mungkin sebab pengalaman,melihat pelagai ragam manusia, mungkin sebab bahan bacaan yang aku baca, dan mungkin juga sebab exposure kepada environment environment berlainan sepanjang perjalanan ini.

Pengalamanku tak banyak. Ilmuku tak luas. Namun apa yang kutemui sepanjang perjalanan ini kukutip, kuambil pengajaran, kufikirkan dan simpulkan setakat apa yang aku ketahui.

Proses ini menjadikan aku dewasa. Lebih mematangkan.

Salah satu yang ingin kukupaskan disini adalah soal "What defines you?"

Atau dalam bahasa mudahnya, apakah  yang defines seorang itu bagaimana?


************


Aku percaya, mereka yang menuturkan kata seperti diatas juga  ialah orang yang tiap kali lepas solat berdoa agar menjadi insan yang soleh, dikurniakan peribadi dan akhlak yang mulia. Dikurniakan syurga.

Tapi perbuatannya tidak menggambarkan apa yang didoa.


Mengutuk orang, mengkritik orang, membenci orang, menyindir orang, menghina orang will never make the situation any better, neither will it make  he/she any better person, if not worse.



***************


"Tak suka tak apa, tapi jangan sampai benci"



Seringkali ku ulang frasa di atas ni bila aku nak sentuh 'what defines you".

"Tak suka" dan "benci" are two simplest examples that I can give to explain the topic.

Those two have different meanings. There is a fine line that differentiate the nature of the two.

There is nothing wrong with "Tak suka".

You can always dislike or disagree on things that you don't like. It will never define who you are.

But when it comes to "benci' you have made that personal. You hate. It comes from your heart.

And THAT will define you.

Samalah juga macam contoh kita beri sedekah. Yang penting bukanlah berapa banyak duit yang dah kita sumbangkan. Bukan juga untuk lihat orang miskin tu jadi kaya disebabkan sedekah kita.

Tapi just untuk willingness kita untuk korbankan sebahagian harta kita untuk orang lain. Willingness untuk kita infakkan kepada selain dari kepentingan kita sendiri. THAT willingness willl define you.

When you push yourself to do good, and it comes from within your heart, like voluntarily you do it, it becomes personal. And THAT will define you.

What comes from your heart that counts, not whats happening around you.


***************

Now let us see the different untuk statement-statement kat atas tu:


1. Walaupun pengemis itu kotor dan kita rasa jijik and takde rasa nak hulur apa-apa pun, just go away, lalu je macam biasa tak perlu nak hambur cacian bagai.

Pengajaran- Tak suka tak apa, taknak hulur derma tak salah, tak berdosa pun. Caranya, hulur senyum, jalan terus, tak perlu caci maki.


2. Adakah penyokong parti B dijamin masuk syurga. Wahal penyokong parti A pun solat lima waktu juga. Adakah penyokong parti B itu Tuhan yang tentukan syurga neraka manusia. Dia dengan berkopiah dan bserban itu pun belum tentu masuk syurga.

Pengajaran- Tak salah berbeza pandangan. Tapi jangan sampai benci. Berbeza pandangan itu lumrah. Tapi bila benci hingga mengkafirkan itu, itu datang dari dalam hati nurani sendiri. Yang busuk dan rosak.


3. Tak menutup aurat itu salah dia. Mencanangkan aib aurat orang itu datang dari awak. Yang bezanya sekarang ni, salah dia senang nak dinampak,  tapi salah awak mencanang aib orang lain itu taknampak jadi awak rasa awak betul. Boleh je mulut awak tu diam aje and doakan dia diberi hidayah.

Pengajaran- Kadang-kadang ending dia yang awak umpat tu boleh jadi lebih baik dari ending awak yang kononnya malaikat itu.


4. Nak kritik kerajaan itu boleh. Awak ada pendapat sendiri. Tapi bila dah tahap mencaci maki itu datang dari hati awak sendiri. That defines who you are. Boleh je kritik dalam keadaan yang lebih positif dan tak hamburkan kata-kata kesat sebegitu.


5. Nampak tak busuk tak busuk hati tu? Tak payah tengok orang lain. It stinks mannn!


6. Boleh jadi dia betul-betul ikhlas. Cuma awak yang Su'uzonn. Kenapa awak boleh sangka buruk tu , itu tugas awak nak cari sebab apa. Yang pasti dia tak buat apa-apa yang salah, tapi what you just did/said did define who you are.

It doesn't matter kalau pun betul dia tu tak ikhlas, Ok dia tak ikhlas, so what?  Its not your job to judge him/her whether dia ikhlas or not. Dia tak ikhlas and awak sindir dia is two different things. Yang tak ikhlas adalah dia. Tapi bila awak sindir, itu adalah perangai awak. Boleh faham tak?







p/s: Aku pun tak pasti bigger picture yang aku nak sampaikan ni, sampai ke tak. Basically, aku just nak share tindakan/reaction kita lah yang defines who we are. Bukannya things that happens around us.

Sunday, 16 February 2014

#36: Bring forward

Dear Memory,


I was in the office when I wrote this.

Yeah, Sunday evening in the office. Working. Or rather finishing some outstanding stuff.

The idea is to bring forward the Monday blues to Sunday evening. Boleh camtu?

Always one step ahead. haha. yeah whateverr.

In a way, actually it helps. Sekurang-kurangnya kita dah familiar dengan stuff yang kita nak siapkan esok. And the momentum is already there, the mood pun dah set in, malam ni inshaAllah boleh tidur dengan tenang. So esok datang dengan mood kerja dah terus carry the momentum and the day pun jadi productive, tak gitu?

Ok dahlah, cadangnya lepas maghrib nak balik, ni dah nak pukul 10pm keje ada lagi separuh. Takpe, semangat tu penting. Sambung sikit lagi. 11pm balik rumah paling lewat.


Daa~!




p/s: In between kerja tadi pegi rehat+take five +dinner ke sogo kejap. Jalan kaki sorang-sorang. Dapatlah tengok kehidupan di tengah ibu kota ni waktu malam.Rupanya Ahad malam Isnin ni mat-mat motor ade gathering kat Jalan Sultan Abdul Samad ni. Bukan main ramai lagi dia punya geng. Audience pun ramai juga yang standby tengok sepanjang jalan dari bangunan Sultan Abdul Samad tu sampailah ke Sogo tu. Nak kata race pun bukanlah race, just nak show off gitu, press-press minyak plus race sikit sikit. Btw takde polis pun tadi. Polis pun takleh nak halang agaknye Aku pun tak faham apa motif mat-mat motor ni. Aku pun just join tinjau tinjau keadaan situ. Sorang sorang je beb, kental tak kental.Padahal ade cuak sikit tadi. Terbayang jugakla segala movie KL Gangster bagai tadi, agaknya memang betul itulah realiti di KL ni kot. Hmm..


#35: Pra sangka




Pada sekali pandang tanpa tahu hujung pangkal,

Daripada segala apa yang terlihat dari sekilas pandang serba luaran,



Letaklah segala macam pra sangka, 

Buatlah segala kesimpulan kesimpulan awal,

Hantarlah bermacam-macam tohmahan,

Timbulkanlah segala macam sangkaan.



Yang pasti segala macam sangkaan itu adalah dari hati dan fikiran sendiri.

Tanpa diminta bantuan dari siapa siapa pun.

Muncul dari dalam hati sendiri.

Wujud pada persepsi sendiri.

Positif atau negatif?  Oh itu gambaran terbit dari hati   :)



Oh well, persepsi sendiri sentiasa lebih betul daripada apa yang terjadi. :)



Saturday, 15 February 2014

#34: Cerita

Dear Memory,

Sebenarnya jarang sekali aku kongsi kisah hidup aku kepada manusia secara public seperti apa yang aku tulis di sini.

Even secara tidak bertulis pun memang jarang sekali aku kongsikan kepada siapa-siapa.

Ada benda yang mungkin boleh aku sembangkan dengan kawan-kawan. Tapi banyak lagi perkara yang aku sering tak reti nak ucapkan atau ekspresi kan.

Jadi lebih banyak yang aku simpan dan fikir kan sorang sorang dalam otak sendiri je.

Dah kenal medium blog ni sejak 8 tahun dulu tapi tak pernah berminat pun.

Cuma kali ini je aku rasa nak cuba something different.

Tengoklah ke mana ia bawa kita nanti  :)



"Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita.."



#33: Sambungan Kisah dari Office


Masih ingat lagi entry ini?


Hari ini biar kuceritakan sambungannya.


*****


"Sayed, macamane ni..?"


"Macam mana apanye?"


"Aku rasa aku nak jumpa and start balik dengan ex aku lah.."


Ngaga besar.


"Whatttttt!?"


*****


Sudah agak lewat petang haritu, menghampiri senja.

Hanya tinggal kami berdua di office.

Selalunya memang begitu. Ramai yang balik awal pada hari Jumaat. Maklumlah hari terakhir dalam seminggu. Memang takde mood lah dah nak stay lama lama ni.

Lain pula bagi aku dan Hadi(bukan nama sebenar).

Kebetulan petang itu aku ada sedikit kerja yang ingin disiapkan. Hadi pula entah sebab apa dia stay pun aku tak tau. Asyik pandang screen phone sahaja dari tadi. Takde pulak kerja yang dibuat.

Sudah beberapa minggu juga habitnya seperti itu. Sering sahaja balik lewat.

Yang aku hairan dia ni sudah berkeluarga. Ya, sudah berumahtangga! Ada bini dan anak kecil menunggu di rumah. Anak lelakinya itu baru capai umur setahun. Apa yang dia buat di office sampai  lewat malam selama ini? Tak sedarkah dia yang dia ada tanggungjawab lain dirumah, anak dan isteri?


Petang itu aku seolah-olah sudah menemui jawapan kepada persoalan-persoalan itu.


Hadi hanya tua dua tahun daripada aku. Graduan Engineering dari University of Purdue, USA itu bukan calang-calang orangnya. Bijak pun bijak. Rajin dan bersemangat itu adalah sikapnya sampai jadi antara kesayangan boss di office. (Apa aku tak cukup rajin dan bersemangat ke? :p)

Sebaik saja balik dari USA dua tahun lepas, dia terus mendirikan rumahtangga. Dengan gadis yang baru dikenali sepulangnya ke tanah air. 2 tahun berumah tangga mereka dikurniakan seorang anak.

Sebabtu jawapannya untuk kembali bersama Ex nya itu menyebabkan aku nganga besar. Kau gila ke apa, kau dah ada anak sorang kot.


"Aku tak gila la Sayed, mana tau ada rezeki boleh aku tambah sorang lagi."


Aku ingat nganga aku yang tadi dah cukup besar, rupanya belum lagi. Yang ni lagi super mega besar.

Entah iblis mana yang merasuk jiwanya ni, cakap benda yang bukan bukan. Dah fikir masak- masak ke kau tu bro.

Satu perkara yang aku perasan. Hadi ni emosional juga orangnya, kurang sabar, terikut-ikut sangat darah muda, tak fikir panjang orangnya. Apa yang dia nak, semua kena ikut cara dia. Buat kerja pun macamtu. Kadang-kadang ruang untuk dicussion pun takde, serious sungguh nak capai apa yang dia nak.

Tapi takpe itu kisah lain.


"Entahlah Sayed, syaitan mana yang menghasut aku ni pun aku taktau, tapi semenjak dua menjak ni, macam ni la yang aku rasa. Aku nak balik rumah pun tak happy. Asyik-asyik bergaduh dengan bini aku. Bila bergaduh je aku malas nak layan, aku start motor terus keluar rumah, pegilah mana mana asalkan bukan rumah. Bila balik rumah je kitorang mesti gaduh, sebabtu aku stay je kat office tiap malam, kurang sikit kitorang gaduh."

Persoalanku terjawab.

Rumah bagaikan neraka buatnya.


Inilah yang sering aku tekankan pada budak-budak muda sekarang ni. Jangan ingat seronok bercinta je. Memanglah masa bercinta semuanya indah je, macam syurga. Tapi kau pun harus realistik. Pertengkaran pasti terjadi dalam rumah tangga.

Bagi aku pertengkaran dan pergaduhan antara suami isteri itu normal. Benda biasa.

Lihat saja pada ibu ayah kita, bukan tak pernah kita lihat mereka berselisih pendapat.

Tapi apa yang lebih penting di sini adalah macam mana kau nak menangani/handle perselisihan pendapat tu. That is key. Itu yang penting.

Dan kat sini aku nak nyatakan, yang memainkan perananan paling penting dalam hal ini adalah pihak lelaki. Husband kena jadi yang paling rasional sekali dalam situasi itu. Dia tak boleh terikut emosi atau ego. Dia seharusnya mampu mengawal the whole situation. 

Cukup setakat tu. Mungkin aku akan kupas lagi pandangan aku tentang isu ini entry akan datang.


Berbalik kepada cerita tadi. Isteri Hadi tidak bekerja. Hanya bisnes sendiri sendiri. Bukan tak boleh kerja lain, ada kelulusan degree cuma dia tak suka kerja makan gaji 

Kata Hadi, modal bisnes isterinya datang dari poketnya. Bukan sedikit pulak tu. Lepas tu bisnesnya tak berapa nak jalan. Hadi disuruhnya pula untuk menggerakkan bisnes tersebut. Apalagi meradanglah si husband. Sudahlah Hadi penat bekerja 5 hari seminggu balik lewat malam, disuruhnya pula gerakkan bisnes dia yang tak jalan tu. Sudahlah modal pun datang dari poketnya. Dia hanya goyang kaki tunggu disuap saja.

Begitulah rungut Hadi. Dan baru-baru ini isterinya mintak nak hire orang gaji untuk jaga anak mereka. Keluar duit lagi. 

"Dahlah duit rumah aku yang bayar, duit kereta motor aku yang tanggung, makan of course memang datang dari aku, modal bisnes pun aku bagi, tiba-tiba nak aku tolong run kan bisnes dan hire orang gaji baru pulak? Habis kau tu buat apa dirumah. goyang kaki tunggu disuap makan? aku bukan orang kaya, habis segala duit yang aku kumpul selama ini kerja penat-penat!" Begitulah rungut Hadi.


Punca segala-galanya adalah dari masalah kewangan.


Yang manis pun jadi pahit dalam rumah tangga. Ya masalah kewangan. Padahal gaji yang Hadi dapat tu pun bukan sedikit kalau nak dicompare dengan orang lain dalam kategori fresh grad.

Hadi merasakan isterinya tidak berlaku adil pada dirinya. Isterinya tak faham dia.  

Penyudahnya Hadi teringatkan Ex lamanya yang sekarang ni masih single. 5 tahun mereka bersama sebelum dia berangkat ke US dulu kata Hadi. 

"Dia yang paling faham aku. Dia yang ada waktu aku senang dan susah dulu. Bagi kata-kata semangat. Kalau aku kahwin dengan dia dulu kan mesti hidup kami bahagia"

Mudah sekali Hadi buat kesimpulan.

Padahal isu pada mulanya tadi adalah perkara lain.

Ya, inilah realitinya.


Masalah kewangan really is a big deal dalam kebahagiaan rumahtangga. Jangan pandang sebelah mata je sebab seronok bercinta.

Dan bagi aku soal kewangan ni patut diurus oleh pihak lelaki sebelum ada hajat nak mendirikan rumahtangga.

Aku bagi nasihat yang baik-baik sahaja pada Hadi. Dan sampai sekarang rumahtangga mereka masih bertahan (walaupun isterinya pernah minta cerai). Hadi pun rasional orangnya. Dia masih boleh kawal keadaan.

Kalau ikutkan banyak aspek yang aku ingin sebutkan disini tentang realiti hidup bila dah berumahtangga yang jarang orang-orang muda fikir dek kerana terlalu disibukkan dengan ketaksuban nak kahwin. Bila tengok orang lain kahwin dia pun sibuk nak kahwin. Tapi financially not prepared.

Kesimpulannya, fikir masak-masak dulu sebelum kahwin. Jangan kita pursue temporary happiness at the expense of real and long term happiness. Senang cerita jangan nak diikutkan darah muda tu sangat.

Jadikan kisah ini satu pengajaran. Aku tanya hadi adakah dia menyesal berkahwin awal dulu. Sekarang dia sendiri jadi tak pasti. Ada sedikit sesal. 

Kalau lah dia sabar sedikit mungkin dia boleh betul betul cari orang yang sesuai dengan nya. Mungkin dia boleh prepare dia punya financial. Tapi menyesal sekarang tak berguna. Apa yang dia dah mulakan dia harus teruskan. Dia tak boleh putar balik masa.

Itu semua pilihan diri sendiri sebenarnya. Mendirikan rumahtangga bukan perkara main-main.

Purpose of getting married tu should be correct and clear dari awal lagi. Sebab kau nak ada dalam perkahwinan tu lebih lama lagi dari tempoh kau hidup sampai sekarang.


(Eh,rasanya masa mula-mula datang idea nak buat entry ni tadi conclusion dia patutnya lain, tapi yang ni ending dia dah lain pulak, haha whateverr)




p/s: Berita baik dari office semalam sudah official! Yeay Alhamdulillah! Akan ku kerja dengan sebaik mungkin :')

Friday, 14 February 2014

#32: Dear Readers

Dear Memory,

I sometimes wonder, who are your readers. Do you know who?




Dear Readers,

Who art thou?


Thursday, 13 February 2014

#31: Bangi

Dear Memory,


Ini kisah semalam.

Nak dijadikan cerita, lepas kerja semalam aku terus ke majlis tahlil untuk arwah ibu kepada kenalanku itu. (baca entry sebelum ini)

Ramai juga kawan-kawan Akhiclub yang datang.

Lepas Maghrib, aku dan Fadzly (housemate) bertolak ke kediamannya di Seksyen 4, Bangi.

Majlis diadakan selepas Isya. Kami sampai memang tepat-tepat pada masanya.


Bangi.

Keluarga aku pernah menetap di sini untuk beberapa tahun. Waktu tu, ayah masih belajar di UKM. Aku dibesarkan di situ sehingga berumur 3-4 tahun dan kemudian barulah pindah ke Perak.

Semalam aku kembali ke situ semula.

Tiba-tiba aku teringat yang ramai juga officemate aku yang menetap di Bangi, termasuk salah seorang manager kami, Kak Ina.

Jadi seusai majlis tahlil aku send location aku ke whatsapp group kami, kot-kot lah dorang familiar dengan kawasan rumah kawan aku tu.

Sekali memang betul.

Bukan takat familiar, malah rumah Kak Ina tu memang betul betul selang beberapa jalan saja dari situ.

Kecilnya dunia.

Memang aku stalk lah ke rumah Kak Ina. Kami di lorong 4/7J, rumah dia pula di lorong 4/7N. Katanya ada kereta estima putih di luar rumah.

Memang jelas ada satu rumah yang menepati ciri ciri yang K Ina describe tu. Apa lagi aku pun 'snap!' gambar rumah dia, upload ke group. Sekali memang betul. Hahaha.

Senanglah lepas ni nak ke rumah Kak Ina, dah tau jalan. Hehehe :p

Habis cerita.





p/s:
i) Harapnye kedatangan kami ni sedikit sebanyak mengurangkan hiba di hatimu wahai kawan :)
ii) Kak Ina ni salah seorang manager yang paling sempoi sekali kat office tu, yang masuk dengan   budak-budak macam kami ni.hehe
iii) Alhamdulillah harini aku dapat berita gembira dari office tapi tak official lagi. Apa pun Alhamdulillah.
iv) Saje letak video kat entry ni. sedap lagunye, Musim Asmara by Soo Winci :)

Tuesday, 11 February 2014

#30: Kehilangan Orang Tersayang

Dear Memory,


Baru sebentar tadi aku menerima berita tentang pemergian ibu salah seorang kenalan terdekatku.

Terkejut aku  pada mulanya.

Untuk awal tahun ini sahaja, sudah dua berita seperti ini yang kuterima. Kedua-duanya melibatkan kenalan terdekatku.

Innalillahi wa Inna ilaihi raji'uunn. Al-fatihah buat mereka.



********


And this is also one of my biggest fear.

Kehilangan orang tersayang.

Walaupun aku tahu perkara ini suatu yang pasti. Dan tak boleh nak dielak, tapi ia sering menjadi perkara yang aku terfikir dari masa ke masa.

Aku terfikir macam mana lah aku nak hadapi kalau sampai masanya nanti. Kuatkah aku. Apa reaksi aku. Bagaimana hidup aku selepas itu.

Jadi seringkali aku tertanya-tanya bagaimanakah mereka menghadapinya (bagi yang pernah atau sedang mengalaminya)

Setakat yang aku dapat rasa setakat ini lah, aku belum lagi bersedia untuk menghadapi perkara seperti ni.

Datanglah pelbagai musibah kiri kanan depan belakang segala macam jenis pun aku rela. Tapi janganlah yang satu ini.

Memang aku tak boleh nak terima kenyataan tu nanti.

Kadang-kadang senyap senyap aku berharap biarlah aku yang pergi dulu supaya aku tak mengalami kehilangan ini. Sebab memang aku rasa aku tak akan mampu.

Sampai ke tahap itu.

Tapi bila difikirkan balik, that is one too selfish wish!

So kau harap kau boleh pergi dulu so that kau tak perlu nak rasa perit kehilangan orang tersayang semua ni?

Dengan kata lain kau jugak sebenarnya nak biarkan orang yang kau sayang menanggung peritnya kehilangan kau ? Macam tu?

Itu perilaku orang yang memang terlalu mementingkan diri!

Aku juga takmau orang tersayang sedih disebabkan aku.

Jadi nak taknak, aku harus juga bersedia siapkan diri. Kadang-kadang when the time comes, nak je aku pura-pura lagak tenang like nothing happened, mesti cool kan? Banyaklah kau punya cool! Benda-benda macamni pun nak cool jugak apekejadahnya kau ni.

Aku bukan robot, pura-puralah macam mana pun in the end aku tau aku akan break down jugak.

Alhamdulillah setakat ini aku tak pernah merasa kehilangan orang terdekat (parents or sibling, not that I wish for it thou)

Yang paling dekat pernah aku rasa is my grandparents.

Aku ingat lagi tahun 1995 pemergian embah lanang (atuk lelaki) belah emak. Sakit tua. Aku yang masih lagi di tadika tak mengerti apa-apa. Tak rasa apa-apa lagi.

Apa yang aku ingat adalah aku lihat dengan mataku sendiri embah dikambus dengan tanah sambil aku tertanya -tanya sendiri, kenapa orang-orang ini kambus embah sorang sorang dibawah tu, macam mana embah nak keluar dari situ untuk dia bermain denganku esok lusa.

Rupanya aku dah tak dapat lagi bermain dengan embah sejak dari itu. Heh. Too naive.



Yang kedua adalah embah wedok (nenek perempuan) belah emak. Tahun 2004, ketika itu aku dah remaja, besar sikit, kenal dunia. Masa tu sedang peperiksaan percubaan PMR. Aku di asrama, ayah datang jemput balik. Embah meninggal katanya. Terkejut aku.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku banyak diam saja. Kata ayah, embah meninggal sebab jatuh di bilik air. Aku tak tahu nak rasa apa dan bagaimana. Diam.

Sesampai dirumah ramai jiran berkerumun. Ah Sudah.

Tersentak sekejap jantung aku.

Punyalah aku ingat embah meninggal di kampung. Rupa-rupanya minggu itu memang turn mak aku jaga embah dan emaklah juga orang pertama yang sedar embah dah takde lepas tak keluar-keluar dari bilik air tu.

Seram sejuk juga aku melangkah masuk ke rumah. Melangkah perlahan-perlahan seolah-olah tak percaya apa yang terjadi.Selama ini aku ingat scene macamtu hanya jumpa kat drama TV je, sekali masatu terus aku rasa macam memang dah dalam drama dah pun, waktu babak sedih. Lepastu adik-beradik aku semua trauma nak masuk bilik air tempat embah jatuh tu, sampailah beberapa minggu.

Kedua-dua grandparents belah mak aku dah takde. Grandparents belah ayah masih ada lagi waktu itu.


Kemudian yang terbaru adalah pada tahun 2012, ketika aku masih di UIA. Waktu tu tengah final exam, dan aku ada paper petang tu. Ayah call awal pagi tu cakap Opah belah ayah dah meninggal. Tapi ayah tak suruh balik sebab ada exam. Aku memang trauma kalau ayah yang call time-time camtu. Tambah-tambah pada waktu yang tak strategik langsung. Mesti ade je benda tak elok jadi. Sebab ayah tak akan call kalau tak ada keperluan.


Tak sempat aku tengok wajah opah untuk kali terakhir, yang tinggal hanyalah pusara opah yang aku ziarahi Aidilfitri pada tahun tu. Sunyi kampung tanpa suara opah.

Atuk yang pendiam dan yang selalu kena marah dengan opah tu pun murung dan tak seceria dulu semenjak pemergian opah. Bayangkanlah dah 60 lebih tahun bersama melayari bahtera rumahtangga, susah senang sama-sama sekali kena berpisah buat selama lamanya, mana tak sedih yop.

Walaupun pada mata aku, opah banyak kali marah atok sebab perwatakan atok yang agak lengai atau 'slow' dan selalu ambil tak kisah tu. Opah pulak jenis yang agresif dan kurang sabar dengan perangai atok. Itulah drama yang cucu-cucu tengok dan ketawakan tiap kali balik kampung. Comel betul mereka berdua. Marah marah tapi sayang gitu :p.

Aku ingat lagi selepas pemergian opah, atoklah orang pertama yang mengayuh basikal ke pusara opah di pagi Aidilfitri, bacakan talkin, bacakan doa, bersihkan pusara opah tak hirau lagi orang di sekelilingnya.

Bukan sekali dua aku ternampak atok sorok-sorok membuka kembali album-album lama yang ada gambar opah setiap kali lepas solat. Tiap kali dia buka album tu tiap kali itulah matanya merah berair. Tapi sebaik saja sedar ada cucunya nak masuk bilik, dia cepat-cepat sorokkan semula album gambar itu act like nothing happened.

Even sampai sekarang aku jamin album gambar tu masih lagi disitu, di laci almari baju atok penjuru bawah belah kanan yang dekat dengan penyidai sejadah tu.

Tinggallah aku seorang atok sampai sekarang.

Tamat cerita aku.

Memang. Aku tau, berat mata memandang, sebenarnya berat lagi bahu yang memikulnya.

Aku hanya mampu doakan agar kau diberikan ketabahan saat diuji seperti ini.

Ujian seperti inilah yang mengingatkan kita bahawa, apa yang kita ada didunia sekarang ini tak kekal selamanya. Yang sebenarnya ada alam lain yang lebih kekal yang kita akan pergi


Dan apa yang kita terkejar-kejarkan sekarang ini sebenarnya tak bawak ke mana sangat pun sebenarnya.

Jadi janganlah kita terlalu leka sampai tak terfikir dan tak persiapkan diri lansung untuk hal-hal camni.


Moga sampai saatnya nanti kita boleh bertemu Dia dalam keadaan yang paling bersedia sekali. Aku doakan untuk aku dan kau yang sedang membaca ni. Ameen.




p/s: They say, time heals everything. does it? Or is it because we get used to pain for too long that we no longer feel anything? you decide.

Monday, 10 February 2014

#29: One Year Anniversary dan Fasa Peralihan

Dear Memory,

Sedar tak sedar dah genap setahun aku di alam pekerjaan.

Dah genap setahun juga lah lifestyle aku berubah dari student life kepada working life.

Dan aku akui, dalam setahun itu cabaran yang paling besar aku hadapi adalah untuk adjust lifestyle aku daripada seorang student yang tiada apa-apa komitmen dan tanggungjawab kepada seorang employee yang terikat dengan seribu satu komitmen. 

Sungguh banyak perkara baru yang aku pelajari. Dan boleh aku kata banyak pahit dari manisnya.

Aku masih ingat tanggal 6 hb Februari 2013, saat aku secara rasmi diserap masuk bawah majikan aku sekarang ni.

Untuk permulaan, kami diprogramkan untuk mengikuti sesi kursus dan latihan selama sebulan setengah.


Sebulan setengah yang pertama adalah heaven. 

Tapi apa yang datang selepas itu mengubah segala-galanya.


I remembered it was all cloud nine within that one month and a half period. Starting with the ice-breaking session at a luxurious resort in Langkawi for a week, until a fun grooming session for corporate by Windy in the last week, it was all so funn and so relaxing!

Little did we realize that the moments that comes after that was when the reality sunk in..

You woke up early in the morning just to get stuck in the traffic or train before you got scolded by supervisor at the office for your lack of competencies. Not to mention that you were all busy doing laundry and stamping your work attire the night before now all your hands and legs and energy and focus were all tied up to tonnes of work at the office. And you got back late at night exhausted before you realized that the cycle was going to continue on and on for tomorrow, day after tomorrow, and day after that, and day after that. No more free time like when you were students, no time to play around and you have to go through it all alone when all your friends were not there and your family was far at kampong.

Pergi kerja, balik, penat dan tidur. Esok bangun, pergi kerja, balik, penat dan tidur. Lusa dan seterusnya kitaran yang sama... Entah sampai bila.

Training yang sebulan setengah itulah pengalaman terakhir aku atau memori terakhir aku hidup sebagai seorang student yang care free tiada komitmen. Pendek kata pengalaman terakhir aku di zaman student. Ya, itulah saat terakhir. 

Sebelum aku sedar bahawa selepas itu, hidup ini takkan lagi sama for the rest of my life. Sebelum aku sedar yang zaman belajar tu aku dah tak boleh nak U-Turn balik dah. Dan aku akan stuck di zaman kerja ini sampailah aku aku tua nanti kalau dipanjangkan umur. Kau juga akan rasa nanti, bersiap sedialah.


Tapi bagiku ia proses yang mengajarku untuk lebih dewasa dan matang.

Bak kata Dr Eskandar, life is not getting any easier. It gets a lot more difficult and difficult.

Bak kata Sir Asri pula, we have to face the challenges. We have to manage them. That is life.

Cabaran hidup ni datang dan pergi. Terpulang bagaimana cara untuk kita ambil dan hadapinya.


Dalam tempuh setahun ini aku bersyukur kerana dikurniakan family dan kawan-kawan yang sentiasa memahami dan menyokong aku disetiap masa dan ketika.

Itu yang menjadi bekalan kekuatan untuk kuteruskan perjalanan ini. Jerih perih yang kualami selama setahun ini memang bukan sedikit. 

Hanya Tuhan sajalah yang mampu membalas budi dan jasa baik kalian. Ketahuilah kalian juga insan-insan terpilih yang sentiasa kudoakan kebahagiannya didunia dan akhirat.


Aku tahu perjalanan ini masih panjang. 

Tapi kepadaMu jualah kuserah segala urusan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa dan yang Maha Berdiri dengan Sendiri, permudahkanlah urusan dalam perjalananku ini. Janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata!





Sunday, 9 February 2014

#28: Snippet


Ramai yang beratur?

Ramai yang beratur hang cakap? Like seriously?

Siapa? Tell me now

Sudahlah. I don't even get the slightest hint!

Who is to blame now, huh?

Or am I too naive?

#27: Handbook 2014

Dear Memory,

In the beginning of 2014, a colleague of mine shared some dos an donts that could lead/change your life to become better.

I am particularly interested in some of those and they really did change mine especially point No. 5,7,8,10,31,33, & 36.

How about you? Lets find yours!



HANDBOOK 2014

Health:
1.    Drink plenty of water.
2.    Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a
       beggar.
3.    Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that
       is manufactured in plants.
4.    Live with the 3 E's -- Energy,  Enthusiasm, and Empathy.
5.    Make time for prayer.
6.    Play more games.
7.    Read more books than you did in 2013.
8.    Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9     Sleep for 7 hours.
10.  Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11.  Don't compare your life to others'. You have no idea what their
       journey is all about.
12.  Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead
       invest your energy in the positive present moment.
13.  Don't overdo. Keep your limits.
14.  Don't take yourself so seriously. No one else does.
15.  Don't waste your precious energy on gossip.
16.  Dream more while you are awake.
17.  Envy is a waste of time. You already have all you need.
18.  Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her
       mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19.  Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20.  Make peace with your past so it won't spoil the present.
21.  No one is in charge of your happiness except you.
22.  Realize that life is a school and you are here to learn.  Problems are
       simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the
       lessons you learn will last a lifetime.
23.  Smile and laugh more.
24.  You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25.  Call your family often.
26.  Each day give something good to others.
27.  Forgive everyone for everything.
28.  Spend time with people over the age of 70 &under the age of 6.
29.  Try to make at least three people smile each day.
30.  What other people think of you is none of your business.
31.  Your job won't take care of you when you are sick. Your family and
       friends will. Stay in touch.

Life:
32.  Do the right thing!
33.  Always speak the truth even if it leads to your death.
34.  GOD heals everything.
35.  However good or bad a situation is, it will change.
36.  No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37.  The best is yet to come.
38.  When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39.  Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:
40.  Share this to everyone you care about :)

Saturday, 8 February 2014

#26: The Impossible Trinity

Dear Memory,

Have you ever heard a concept in International Economics called The Impossible Trinity?

It is a trilemma of which it is impossible for a government to have all three policy options at the same time. The most it can have is two, by sacrificing the other one.

Those three are : Independent Monetary Policy, Free Movement of Capital and Fixed Exchange Rates.

Ok, dah. Nak tahu lebih lanjut sila-sila lah rujuk Haji Goog atau Encik Wiki.



Tapi di sini bukan aku nak cerita soal ekonomi. Yang aku nak cerita ialah "The Impossible Trinity" yang lain. Soal kehidupan.

Yang aku terbaca dalam laman-laman sosial rasanya. Entah aku pun tak ingat dari mana aku jumpa. Tapi nak kata teruja tak terujanya aku dengan konsep ni sampai sekarang jugaklah aku ingat lagi mesej nya.

The Impossible Trinity yang dimaksudkan ialah -

 Energy/Kesihatan - Time - Harta (ataupun Tenaga - Masa - Harta)


1. Zaman Remaja - Banyak Masa. Banyak Tenaga. Tiada Harta.

2. Zaman Dewasa - Banyak Tenaga. Ada Harta. Tiada Masa.

3. Zaman Tua - Banyak Harta. Banyak Masa. Tiada Tenaga.


Mustahil ketiga-tiga perkara tersebut wujud pada satu-satu masa ikut peredaran umur kita

Aku setuju dengan apa yang diutarakan oleh konsep diatas. Aku sendiri akui. Hidup ini punya kitaran seperti ini.

Dan aku dalam proses transisi antara No1. dan No. 2.

Boleh juga aku katakan aku semakin meninggalkan No. 1.

Tapi agak-agak kau lah zaman mana yang kau rasa  paling berharga ?

Aku ada jawapanku sendiri. Kau pun tentu ada jawapannya.

Aku hanya mampu berdoa Tuhan berkatilah Masa, Harta dan Tenaga/Kesihatan yang kau pinjamkan ini. Semua pun milikMu. Kau bagi pinjam dan Kau boleh ambil semula bila-bila Kau suka.




p/s: Anak muda penuh dengan gejala sosial, yang di masjid pula hanya yang tua-tua. Kau rasa betul ke patutnya macam tu?  Ada kaitan tak konsep di atas dengan situasi ni?

Friday, 7 February 2014

#25: half-day

Dear Memory,

I took a half-day leave (pm) today.

I was home when I wrote this entry.

Everything was just fine in the morning that I decided to go to work. Except that I was a bit tired maybe because of last night's futsal game.

When I reached office, my body felt uneasy, the head got a little drowsy didn't know why.

I was trying to do my work but I couldn't focus.

I took panadol and put koyok some more but not working.

Bukan demam, its just pening and rasa berat pula kepala ni. Semalam tak makan malam sebab futsal started at 8pm, takut full perut. After futsal pun tak makan sebab rasa its too late sebab dah malam & nak tidur.

It must be because of that perut dengan kepala semua masuk angin pening loya loya.

In the end, jumpa manager terus apply half day leave. Rehat kat rumah je.  Lunch hour terus balik

Lepas Jumaat selera makan pun takde. Lunch pun belum lagi ni. Rasa nak tidur je.

Ok lah nak tidur, bangun nanti tengokla kalau ada selera, pegi makan kat mana mana.

Daa~

Thursday, 6 February 2014

#24: Snippet

Terlalu sibuk dengan apa yang belum tentu pasti.
Hingga terlupa pada yang dah memang betul-betul pasti.
Contohnya mati.

Wednesday, 5 February 2014

#23: Kisah kelakar

"Kerja- checked.

Umur- checked.

Rupa- checked.

Apa lagi tungguuu??"


Kata seorang kawan dalam laman twitter.

Statement itu beliau tujukan khas untukku. Entah apa angin yang merasuknya malam tu pun aku tak tahu.

Aku membaca statement itu sambil tergelak-gelak sopan.

Of course the comment is a bit flattering on the rupa part. Entah what he meant by that Idk, but I'd like to disagree and prefer the word 'decent look'. That is enough.

As I read the statement, I realized that he was forgetting the most important part/fact!  That the calon is nott evenn theree!

That was what I answered to him.

"Choyy!" He replied not accepting my answer. 

Even him did not accept my answer! Whether he did not believe what I had just said or apa I don't know.

But what I do know is that, that is the fact. I could not think of anyone at that moment. I could not believe it myself that I ended up laughing at myself so hard that night trying to figure out the reason why. I just could not believe it.

Soon I realized that the most frustrating part is not because I didn't have anyone as calon, but because to just come up with a potential list pun I couldn't. That I did not even try.




.
..
...

Entah.

Sambil taip this entry pun aku masih lagi tertanya-tanya. 


How did this happen? 

What have I been doing all this while? 

Did I not open my eyes wide enough selama ni?

Not because they are not good enough, they ARE. In fact, most of them that I knew are good muslimah (because if they are not, I would not be friend with them in the first place). I could recommend any of them to friends. It's just that I didn't really pay attention to this until I finished my degree.

I admit that I don't have that many girl friends.

From school memang takde lansung. Nature of my school. Tak kenal langsung walau satu kelas.Terus tolak tepi.

Kenalan office pun hanya beberapa. Tapi awal-awal dah tolak tepi sebab tak prefer langsung orang yang kerja tempat macam aku tu and tak prefer pun someone yang kenal kat tempat kerja. Zaman dah ada kepentingan.


What left is zaman foundation and degree masa kat UIA la. Itu pun takdelah ramai mana. Setakat classmate and society yang aku join je. This was the one place where I was supposed to really get to know someone, hati budinya. Tempat yang belum ada kepentingan apa-apa. It has to be from this group of people.

but those are the things that I DID NOT do. After all this while.



Now, I am lost. The 3 years of study all gone. And I could not turn back time to really get to know anyone in Uni anymore.


Dan sebab itu jugalah aku ketawa tak pasal-pasal malam tu. Mengenangkan apa yang dah terlepas.

Zaman kerja ni susah sebenarnya nak mencari semula.

Moving forward, aku serahkan pada takdir sajalah.

Apa yang pasti, sampai sekarang aku tak pasti the reason why, and sampai sekarang jugaklah aku tersengih memikirkan pasal ni. Tapi hidup ni kita teruskan sajalah. Apa yang akan datang pun kita tak tahu.


Kisah yang macam kelakar tapi tak kelakar mana pun. Aku ketawa pun dengan ketawa yang paling hambar sekali. Paling tawar.



p/s: Masih tak boleh terima why didn't I grab the opportunity to know a lot more people and to really get to know someone.Anyone. Takdir is takdir bro, usaha? Haihh :/