Cramped kaki bro. Cramped.
Punyalah sepanjang hidup tak pernah cramped kaki time main bola, malam tadi alih alih cramped pulak.
Itu makan di kalau dah lama tak bersenam. Mujurlah dah at the end of the game baru cramped, dapat juga merasa nikmat bermain hampir satu jam tadi.
Malam tadi full attendance lah kira. Court turf yang agak besar dari saiz normal futsal tu kira boleh penuh la. Maklumlah, dah lama tak main. Bila sekali sekala baru boleh full macam tadi.
Daripada 14 orang main tadi, berapa orang sangat la yang kenal nye, dua tiga orang je kot. Tapi belasah lah main juga.
Satu perkara aku dapati kurang memuaskan main dengan dorang adalah dorang ni main terlalu kiasu sangat. Ater serius benor pun mainnyer. Awok main nak suke suke je . Bukan nak bawak ke mana, main petang petang sudeh. Happy happy sudeh. Ini terjert sini sana mintak bola. Dah dibagi tak score pulak tu. haha.
Ramai juga yang yang tak boleh ngam style main tadi. Aku kalau ada sorang dua teammate yang ngam and ada chemistry style main baru boleh pergi jauh. Baru boleh perform. Malangnya tadi sorang pun takde. heheh. Main jelah sayed ape yang mampu, itu pun mujur ada geng boleh buat main, kalau tak melagut lah kau sorang, tak dapat nak exercise benda feveret.
So lepas ni weekly futsal setiap khamis malam, depending pada yang confirm attendence. Lebih 10 orang baru jalan. Kalau tak memang akan cancel sebab for sure akan pancit.
p/s: Yeay esok dah Jumaat. Looking forward to cuti CNY next week. Nak balik kampung! Rindu tiada tertahan lagi
No comments:
Post a Comment