Sunday, 26 January 2014

#13: Azam dan Doa

Dear Memory,


I have always wanted to write something about this . Especially when we are still at the beginning of the year.

Azam dan/atau doa.

Semakin menginjak dewasa, aku semakin mengenali hakikat sebuah doa.

Bagiku, jika kau benar-benar menginginkan sesuatu, kau pasti berusaha untuk mendapatkannya.

Nah, ayat di atas sudah cukup menerangkan secara ringkas apa yang ingin aku perkatakan,

Hari ini kita sering beranggapan jika mahu sesuatu, kita harus berdoa.

Walhal apa yang sepatutnya kita katakan adalah, jika kau mahukan sesuatu, kau akan dapatkannya!


Ah sudah. Apeke bendanye ni, tak faham. Jadi tak perlu berdoa?


Mari aku bawa kau lihat dari sudut yang berbeza.

Doa dan keinginan kedua duanya bergerak seiring. Dan boleh jadi juga perkara yang sama.

Sifirnya mudah. 

Jika kau tidak berdoa untuk apa yang kau inginkan, ertinya sama sahaja seperti kau tak benar-benar menginginkan sesuatu yang kau hajatkan.

Usah fikir doa itu terlalu rigid pada doa lepas solat sahaja. Doa itu merangkumi seluruh kehidupan sehari hari.

Apa yang kau benar-benar hajatkan dalam hati, itulah doa. Sebab kau akan fokus pada apa yg kau hajatkan, jadi secara tanpa kau sedari kaki, tangan dan tenaga kau akan bergerak ke arah itu.


Akhirnya kau akan capai apa yang kau nak.

Tapi tentulah takdir Allah memainkan peranan. 

Aku cuma bicarakan soal sebahagian besar daripada itu ditentukan oleh keinginan yang kuat dari dirimu sendiri.

Jadi, kalau kau dapati kau sendiri jarang berdoa, tidak mahu spend masa sedikit pun untuk berdoa. Itu tandanya, bukan sahaja kau tidak lagi anggap Allah sebagai tempat bergantung harap. Tapi sebenarnya kau juga tidak betul-betul ada satu keinginan yang kuat.

Jadi usah berangan, hajatkanlah setinggi mana pun, tetapi hakikatnya engkau sendiri tidak menginginkannya, jika kau sendiri tidak berdoa dan berusaha ke arah itu.



p/s: Tak berdoa= unconsciously tak anggap Allah tempat bergantung and tiada keinginan terhadap sesuatu

No comments: