![]() |
| "Ar-Rafiq Qabla Thariiq" bermaksud memilih teman harus didahulukan sebelum melalui perjalanan |
Dear Memory,
Yesterday (15/5/2014) was a very wonderful day if not an awkward one (why awkward? I'll tell u why later).
For the first time Yasir dan Najwa menjejakkan kaki ke rumahku di Seri Iskandar, Perak. Kebetulan mereka pulang bermalam di Ipoh (rumah Yasir) malam sebelum tu.
Hajatnya mereka saja datang untuk menziarahku disini. (Senanglah datang
Kebetulan sekolah kami, SMKA Sultan Azlan Shah, memang betul-betul berdekatan dengan rumahku hanya 1.5 km sekangkang kera je, jadi Yasir ambil kesempatan untuk datang sekolah jumpa cikgu-cikgu untuk jemputan bagi majlis pada 1 Jun nanti. Maka menziarah lah kami, aku, Yasir dan Najwa ke sekolah lama kitorang. (tapi lupa tangkap gambar depan sekolah *sigh)
Disebabkan aku menemankan mereka berdua, jadi bertubi-tubi jugalah cikgu-cikgu yang kitorang jumpa menempiaskan soalan "mereka berdua sudah..awak bila lagi?" "eh yang lagi sorang ni, kenapa tak bawak bini?"
T__________________T memang down habislah.. aku hanya mampu tersenyum tawar dan kelat sahaja.. Apa boleh buat, belum lagi menemui dan belum lagi masanya mungkin.. InshaAllah ada rezeki ada lah tu...
Sebelum tu, secara ringkas perjalanan aktiviti semalam is as follows:
11.30am - Yasir & Najwa sampai dirumah, minum-minum dan sembang-sembang beramah mesra
12.00pm - Bertolak ke SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar
12.05pm - Dah sampai sekolah. Dekat tak dekatnye dengan rumah 5 minit sampai. Masa ni duk mengimbas segala kenangan zaman sekolah, kat semua lokasi ada kenangan dari Asrama, masjid, tapak perhimpunan dan kelas. Najwa duk melagut la dengar kami sembang, tergelak juga bila bukak kisah lama lama ni. haha
1.30pm- Patah balik ke rumah aku untuk makan tengahari. Terima kasih emak sebab masakkan. Lama mak tunggu ingat kitorang balik pukul satu. Dahla emak tengah puasa, tak dapat rasa makanan tu. Tapi as always, emak memang awesome, tak dapat rasa pun tempoyak ikan patin emak tu still sedap.
Lepas makan patutnya diorang ni nak ke Ipoh semula, tapi sembang punya sembang, emak suggestkan pegi ke Teluk Batik and Lumut, makan angin di tepi pantai.. Sebab tengahari still panas kitorang decide pegi lewat sikit dalam lepas Asar..
So sementara menanti Asar eloklah kalau masing-masing berehat dulu baring/tidur ke, aku pun dah ngantuk time tu.. So aku pegi lah prepare bilik untuk diorang ni berehat. Tapi yang lawaknya aku pegi prepare satu bilik untuk Yasir and satu lagi bilik untuk Najwa, boleh pulak aku terlupa yang dorang ni dah suami isteri, tidur pun dah satu bilik, yang aku ni ape hal nak asing-asingkan dorang, gelak je dorang tengok aku..hahaha (slow betul aku time tu, adeh)
4.30pm- Kitorang pun bergeraklah ke pantai Teluk Batik/Lumut yang ambil masa lebih kurang 50 minit. Jalan-jalan tepi pantai, makan aiskrim, tangkap gambar kenangan..
7.00pm- Pulang ke rumah aku semula
Nak dijadikan cerita memang taubat dah aku dah taknak jadi teman orang ketiga bagi pasangan yang baru kahwin. Awkwarddd gilaaaa baqhang! Kalau ada 4 orang mungkin okay lagi la..Tapi kalau 3 orang dan kau sorang2 je memang awkward okkayy!
Bukan apa, in a way aku bersyukur sebab dorang datang rumah aku, tak ramai kawan baik yang pernah datang rumah aku ni sebab jauh, kalau kat kampung memang takde geng sebab kawan jauh jauh semuanya..syukur sangat dorang datang mainly bcoz dapat aku share sebahagian besar cerita family aku pada dorang.. memang terisi sangat masa semalam..
Tapi yang awkwardnya bukan apa sebagai orang ketiga, si pengantin ni terpaksa sesuai dan adjustkan panggilan manja sesama dorang (najwa and yasir) dan panggilan sesama kawan (yasir & aku and najwa & aku) kadang-kadang sampai mixed up..hahaha siapa yang sayang, siapa yang saya-awak, siapa yang aku-kau. hahaha.. bersalah sangat aku rasa time tu..
Actually benda tu normal antara suami isteri, menunjukkan keintiman masing-masing secara natural..(walaupun aku ada depan dorang haha) Sekali lagi aku tegaskan itu tidak salah, malah memang bagus pun.. Cuma aku ni la yang terasa awkward dan pengacau kehidupan sweet muweet dorang..
Ada lah beberapa scene (tak perlulah aku mentionkan specifically kat sini) yang aku terpaksa buat-buat tak nampak dan berlagak cool walaupun muka aku ni rasa dah merah padam menahan blushing.. hahaha terasa nak lari cepat-cepat dari situ. Dah tobat dah nak temankan dorang sorang-sorang..So nasihat aku janganlah lah menyibuk or temankan pengantin sorang sorang okay..
Dan semalam aku cubalah jadi photographer utk capture moment-moment sweet dorang..
I am happy for you guys, may Allah bless your marriage and your married life. Semoga bahagia hingga ke Syurga ;')







No comments:
Post a Comment