Wednesday, 14 May 2014

#60:

Dear Memory,

Lama rasanya tak menulis by heart macam awal-awal dulu. Saat keyboard ini ditekan aku sedang berada di rumah kampung halaman bersama keluarga tercinta. Hewhew.

Wahh bestnyaa! Gembira tak terkata!

Tambahan pula aku extend cuti hujung sampai Isnin. Kalau anda nak tahu, Isnin adalah hari paling panjang dalam seminggu kalau anda bekerja, tak caya tanyalah saya.

Dan pagi Isnin adalah scene yg penuh kemurungan, depressed dan kesuraman di wajah wajah rakan - rakan ofis. Mood nya seperti esok ada exam tapi hari ini belum study lagi.Serupa zombi lagaknya. (Walhal zombi pun lebih comel pada hemat ku. Eh?)

Berlainan pula dengan suasana pagi Jumaat, masing-masing pemurah dengan senyuman. Datang ofis umpama pergi ke vacation di sebuah pulau peranginan yang mempunyai pantai-pantai indah, air laut yang lagi jernih. Masing-masing muka bahagia.


*******************************

Ok post atas ni telah ditaip separuh jalan masa balik kampung 19-20 April dulu tapi tak published, maintain kat draft je.. so alang alang dah bersarang kat draft kita post jela walaupun cerita tak habis.

Sekarang ni dah balik ke kampung semula 13-16 May inshaAllah. Haihh dah agak dah mesti bersarang punya ini blog.. nanti kita create post lain pulak eh, sementara tengah cuti ni, banyak cerita sebenarnya tapi malas..hehehe

Ok challo bubye lullaby

No comments: