Thursday, 15 May 2014

#61: Catatan peristiwa

Dear Memory,

I was on my 1 week-vacation when I wrote this entry.

9th-18th May 2014.

Cuti kahwin yang paling panjang pernah aku ambil untuk tahun ni. 

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam dua tiga minggu sebelum bercuti. Dan perkara-perkara ni bertimpa-timpa sampai rasa lemas dan lemah dibuatnya. Itu yang aku rasakan memang masa yang sesuai untuk lari dari office sekejap. Biarlah, kerja tu sampai bila-bila pun takkan habis.

Sini biar ku listkan antara perkara yang menimpa diri ini sepanjang sebelum cuti:


1. 26 April 2014 (Sabtu)
 Jatuh motor di Bangi, selepas tournament futsal bersama rakan sekolah. Balik merempit time maghrib yg gelap+tarik brek depan emergency+jalan berpasir+ jalan basah selepas hujan= memang combination yang sesuai untuk motor tu sliding atas jalan dan aku pulak sliding meniarap disisi motor bak superman. 

Kalau pakai attire macam dalam perlumbaan dalam litar tu takpe jugak takdelah badan tersagat atas jalan..Ini memang takde. Alkisahnya habis dua-dua belah tangan luka dan calar balar sebab nak tampan badan atas jalan tu.. Memancut mancut jugak darah sampai menitik-nitik.

Alkisahnya takde orang yang tolong kat jalan sunyi time malam gelap tu, tapi motor masih mampu lagi berfungsi, cuma calar pada cover motor je.. So dengan darah yang menitik2 tu kugagahkan jua merempit balik ke Taman Melati yang ambil masa dalam 40 minit.. So dengan luka yang terdedah dan darah menitik + angin malam + hujan rintik rintik + perjalanan 40 minit = Luka itu bagaikan disiat-siat, diperah air limau, diletak garam, dihiris pula luka tu...berdenyut-denyut rasanya menahan pedih luka tu selama setengah jam sampai di rumah Taman Melati.

Housemate semua terkejut tengok aku balik berdarah-darah, terus tolong cucikan luka dan hantar aku ke klinik. Untuk ini aku harus berterima kasih pada Herman dan Pali. Moga Allah balas jasa baik kalian.
Lepas aku sampai klinik baru tahu dalam juga luka di kaki aku tu..sampai tercabut kulit.

Tak boleh nak proper pakai sandal apetah lagi kasut. So Isnin tu adalah kali pertama aku MC selepas bekerja selama setahun 3 bulan ni. Susah aku ni nak saja saja MC.

Alhamdulillah sekarang luka dah kering. Tunggu replace dengan kulit baru je. Namun, aku masih tidak serik naik motor, hahaha. Barulah adventurous.


2. Minggu selepas jatuh motor- Kerja.

Peristiwa kedua ni aku malas nak ulas panjang. Ia menyesakkan dada. Ia bersangkut paut dengan ehwal kerja. Dipendekkan cerita disebabkan cara kerja aku yang dikatakan agak lambat dan tak pandai manage, aku dihalau keluar oleh bos besar daripada handle satu kes yang besar lagi penting ni. Memang marah betul dia sampai kena keluar dari bilik dia. Aduhai. yang ini memang betul betul dugaan, dengan kaki aku yang terhingkut-hingkut lepas jatuh motor prestasi kerja seolah-olah tercalar. Memang down betul masa tu, lepas seorang seorang bos panggil dan dimarahi.. Ah kukentalkan jua hati ini. Benda dah lepas nak buat macam mana.. dua minggu memang murung dan busy betul aku di ofis, tak sempat nak bertegur sapa pun dengan rakan-rakan ofis. Ofismate yang memahami situasi aku tu pun takut nak tegur, sebab aku tengah busy setelkan kes ni. Terus hilang senyuman dari wajah yang manis ini. (ceh). 

Rentetan itu, keluarlah tweet-tweet duka aku di twitter.. Itu jelah mampu. nak ceritakan semua pun takde yang akan faham dengan kerja aku ni.. balik rumah pun tidur tak lena memikirkan hal tu. Pendek cerita memang serabut dan sesak jiwa dua minggu time tu. Haihh. Tapi alhamdulillah minggu sebelum cuti haritu perkara ni selesai.. Case closed. Memang nak sujud syukur rasanya.. Moga aku belajar dari kesilapan ini, dan lebih kental dimasa akan datang.


3. Demam, batuk, selsema, sakit tekak.
Nak tau apa yang lebih menyeronokkan? disamping peritiwa 1 dan 2 di atas, time tu jugaklah macam-macam penyakit datang..dan aku tak boleh nak MC sebab tengah handle case kat perkara No 2 kat atas tu. Memang kifarah dosa betul aku rasa time tu..banyak benor dosa gamaknya..


4. Ni paling sedih -> Tak boleh main futsal sebab lutut kanan injured (Doctor suspect mungkin ligamen putus) 

Ini tak bersangkut paut dengan jatuh motor kat atas. Kebetulan aku dapat injury ni time main futsal sebelum eksiden tu..senang cerita kaki kanan aku tak boleh sepak bola dah sebab efek dia lutut akan sakit macam tercabut tempurung lutut. Dan kaki tak boleh nak betul betul diluruskan time rukuk waktu solat.

Pergi klinik biasa Doktor cakap tak boleh buat sebab benda ni kena refer pada pakar atau specialist..Dia kena scan untuk tengok segala ligamen, otot atau tulang. And dia suspect ligamen ACL aku di lutut kanan dah putus or terkoyak.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Kalau teori di atas ni betul, maka aku kena buat operation untuk betulkan ligamen tersebut dan kesan dia kena rehat dari aktiviti lasak  bmain futsal untuk tempoh berbulan-bulan lamanya.. Ommaaa tidakk. Futsal is my passion and cara aku nak release stress. kalau betul lah ligamen putus apa lagi motivation aku untuk teruskan hidup? Bini nak motivate takde lagi (gituh nak exaggerate setiap benda)

Tapi as of now aku belum lagi jumpa specialist, sebab tengah bercuti kat rumah, Its better for me to make appointment dengan specialist dekat KL sebab senang nak follow up nanti..So lepas balik KL nanti baru nak jumpa specialist tengok kan lutut kiri ku ini


Inilah secara ringkas what I have been thru for the past 3-4 weeks.. Sungguh mencabar jiwa.
Sampai disini dulu..belum masuk kisah bercuti lagi ni. Takpe stop dulu, kalau boleh kumahu lupakan segala-gala yang terjadi sebelum cuti dulu especially part kerja tu..biarlah aku start fresh bila dah start kerja balik nanti.. Takpe hidup must go on.. Usah dwell on the past, sebab nanti sampai bila bila pun tak boleh maju ke hadapan.. Pilih masa depan kita sendiri..


No comments: