Wednesday, 28 May 2014

#65: MRI result




Dear Memory,

As promised semalam MRI result was out. Nervous juga menantikan result tu...

There are four ligaments that connect and hinge the upper bone (Femur) and lower bone (Tibia) at our leg. (Ahh Biologi tingkatan 5 sangatt)

1. Medial Collateral Ligament (MCL)
2. Lateral Collateral Ligament (LCL)
3. Posterior Cruciate Ligament (PCL)
4. Anterior Cruciate Ligament (ACL)

*please refer at the diagram

Doctor carefully explained that two my of meniscus were ok (MCL and LCL are two ligaments at the side of Femur and Tibia)

Then he moved on to posterior cruciate ligament (PCL), everything was good and sound until the last part..

"However, when we look at the MRI image of the ACL....(jantung dah berdegup kencang dah).. there are some distortions at the fibers of its tibial attachments, where the MRI image at that part is not as dark/black and solid as it is supposed to be.. there were distortions, which could possibly signaled that there are partial tears at the ligament.."

Ah sudah...


T_T


Imej lutut kanan aku drpd imbasan MRI. Imbasan ACL (bulatan kuning) menunjukkan warna kelabu/ tak legap, menunjukkan ada koyakan. Normal ACL sepatutnya berwarna hitam legap solid seperti imbasan pada otot (bulatan merah)


Partial Tear at the ACL


Conclusion of the MRI


Then the doctor said, normally for partial tear we have options whether to do the operation/surgery or not. If it is a minor one, it could heal by itself but if it worsen, surgery has to be made. Therefore, before making any clinical judgement, the doctor asked me to rest for 4 weeks before coming again for clinical judgement to be made.

Any outcome after 4 weeks will determine whether I have to do the surgery or not.

Dan aku berdoa sangat-sangat Kau jauhkanlah aku daripada segala surgery bagai ini, sebab kalau dah surgery of course ability dah bukan like manusia normal, pasti ada side effect. ahh sedihnyaa T_T

Namun, aku masih bersyukur sebab dia bukan full tear, which means memang confirm confirm kena surgery.

Adeh, so cancel la segala tournament futsal yang aku dah sign up for untuk sebulan ni. Doctor cakap the tear could be worst kalau aku lasak sangat. T__T

Tapi nak main badminton boleh kan? kan? tak pakai kaki sangat.

So esok aku akan teruskan aktiviti badminton weekly aku, tapi dengan lebih berhati-hati sikit kot untuk lutut kanan aku ni. Hmm




p/s: kalau mak tau ni habis ni...
p/s: harapnya sharing pasal ilmu biologi ni bermanfaat pada yg membaca..sbg panduan di masa depan

Tuesday, 27 May 2014

#64: Post MRI



Medical MRI scanner

Pernah nampak machine yang macam di atas tu?

Ya. Pernah. Saya pun pernah. Kat dalam movie movie atau rancangan tv yang selalu kita tengok bila dia nak scan badan orang tu.

Never thought I would be using that. Look scary thou.

But that was what I was experiencing yesterday. Masuk dalam benda tu...  -__-"


**********


Dear Memory,

Yesterday was a new experience to me.

Ini berikutan satu musibah yang menimpa lutut kananku (baca item no 4 post ini)


Tiba-tiba aku teringat pada kata-kata ilmuan Prof Hamka:

"Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar-benarnya...kekayaan yang tiada tolok bandingannya.."

Jika diteliti memang benar segala apa yang dikata itu, bayangkanlah jikalau memiliki wang yang banyak rumah besar sekalipun sekalipun, namun jika badan tidak sihat..apa yang ingin dinikmati, apa yang boleh dikerjakan.

Pagi ni ada appointment doctor untuk outcome/result kpd MRI semalam. Doakan agar nothing serious dan tak perlukan apa-apa operation. Harap-harapnya begitu lah..

Nantikan update untuk keputusan MRI tu kemudian. Ok nak gerak ke hospital sekarang, daaa~



p/s: Hospital KPJ Tawakkal, kat bulatan Pahang.


Friday, 16 May 2014

#62: Teman Sebuah Perjalanan


"Ar-Rafiq Qabla Thariiq" bermaksud memilih teman harus didahulukan sebelum melalui perjalanan



Dear Memory,

Yesterday (15/5/2014) was a very wonderful day if not an awkward one (why awkward? I'll tell u why later).

For the first time Yasir dan Najwa menjejakkan kaki ke rumahku di Seri Iskandar, Perak. Kebetulan mereka pulang bermalam di Ipoh (rumah Yasir) malam sebelum tu.

Hajatnya mereka saja datang untuk menziarahku disini. (Senanglah datang kenduri kahwin kalau dah tau lokasi rumahku. Eh) 

Kebetulan sekolah kami, SMKA Sultan Azlan Shah, memang betul-betul berdekatan dengan rumahku hanya 1.5 km sekangkang kera je, jadi Yasir ambil kesempatan untuk datang sekolah jumpa cikgu-cikgu untuk jemputan bagi majlis pada 1 Jun nanti. Maka menziarah lah kami, aku, Yasir dan Najwa ke sekolah lama kitorang. (tapi lupa tangkap gambar depan sekolah *sigh)

Disebabkan aku menemankan mereka berdua, jadi bertubi-tubi jugalah cikgu-cikgu yang kitorang jumpa menempiaskan soalan "mereka berdua sudah..awak bila lagi?" "eh yang lagi sorang ni, kenapa tak bawak bini?"

T__________________T memang down habislah.. aku hanya mampu tersenyum tawar dan kelat sahaja.. Apa boleh buat, belum lagi menemui dan belum lagi masanya mungkin.. InshaAllah ada rezeki ada lah tu...


Sebelum tu, secara ringkas perjalanan aktiviti semalam is as follows:

11.30am - Yasir & Najwa sampai dirumah, minum-minum dan sembang-sembang beramah mesra
12.00pm - Bertolak ke SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar
12.05pm - Dah sampai sekolah. Dekat tak dekatnye dengan rumah 5 minit sampai. Masa ni duk mengimbas segala kenangan zaman sekolah, kat semua lokasi ada kenangan dari Asrama, masjid, tapak perhimpunan dan kelas. Najwa duk melagut la dengar kami sembang, tergelak juga bila bukak kisah lama lama ni. haha

1.30pm- Patah balik ke rumah aku untuk makan tengahari. Terima kasih emak sebab masakkan. Lama mak tunggu ingat kitorang balik pukul satu. Dahla emak tengah puasa, tak dapat rasa makanan tu. Tapi as always, emak memang awesome, tak dapat rasa pun tempoyak ikan patin emak tu still sedap.

Lepas makan patutnya diorang ni nak ke Ipoh semula, tapi sembang punya sembang, emak suggestkan pegi ke Teluk Batik and Lumut, makan angin di tepi pantai.. Sebab tengahari still panas kitorang decide pegi lewat sikit dalam lepas Asar..

So sementara menanti Asar eloklah kalau masing-masing berehat dulu baring/tidur ke, aku pun dah ngantuk time tu.. So aku pegi lah prepare bilik untuk diorang ni berehat. Tapi yang lawaknya aku pegi prepare satu bilik untuk Yasir and satu lagi bilik untuk Najwa, boleh pulak aku terlupa yang dorang ni dah suami isteri, tidur pun dah satu bilik, yang aku ni ape hal nak asing-asingkan dorang, gelak je dorang tengok aku..hahaha (slow betul aku time tu, adeh)

4.30pm- Kitorang pun bergeraklah ke pantai Teluk Batik/Lumut yang ambil masa lebih kurang 50 minit. Jalan-jalan tepi pantai, makan aiskrim, tangkap gambar kenangan..
7.00pm- Pulang ke rumah aku semula

Nak dijadikan cerita memang taubat dah aku dah taknak jadi teman orang ketiga bagi pasangan yang baru kahwin. Awkwarddd gilaaaa baqhang! Kalau ada 4 orang mungkin okay lagi la..Tapi kalau 3 orang dan kau sorang2 je memang awkward okkayy!

Bukan apa, in a way aku bersyukur sebab dorang datang rumah aku, tak ramai kawan baik yang pernah datang rumah aku ni sebab jauh, kalau kat kampung memang takde geng sebab kawan jauh jauh semuanya..syukur sangat dorang datang mainly bcoz dapat aku share sebahagian besar cerita family aku pada dorang.. memang terisi sangat masa semalam..

Tapi yang awkwardnya bukan apa sebagai orang ketiga, si pengantin ni terpaksa sesuai dan adjustkan panggilan manja sesama dorang (najwa and yasir) dan panggilan sesama kawan (yasir & aku and najwa & aku) kadang-kadang sampai mixed up..hahaha siapa yang sayang, siapa yang saya-awak, siapa yang aku-kau. hahaha.. bersalah sangat aku rasa time tu..

Actually benda tu normal antara suami isteri, menunjukkan keintiman masing-masing secara natural..(walaupun aku ada depan dorang haha)  Sekali lagi aku tegaskan itu tidak salah, malah memang bagus pun.. Cuma aku ni la yang terasa awkward dan pengacau kehidupan sweet muweet dorang..

Ada lah beberapa scene (tak perlulah aku mentionkan specifically kat sini) yang aku terpaksa buat-buat tak nampak dan berlagak cool walaupun muka aku ni rasa dah merah padam menahan blushing.. hahaha terasa nak lari cepat-cepat dari situ.  Dah tobat dah nak temankan dorang sorang-sorang..So nasihat aku janganlah lah menyibuk or temankan pengantin sorang sorang okay.. 

Dan semalam aku cubalah jadi photographer utk capture moment-moment sweet dorang..

I am happy for you guys, may Allah bless your marriage and your married life. Semoga bahagia hingga ke Syurga ;')











p/s: faham kan kenapa aku kata awkwardd? -_-'

Thursday, 15 May 2014

#61: Catatan peristiwa

Dear Memory,

I was on my 1 week-vacation when I wrote this entry.

9th-18th May 2014.

Cuti kahwin yang paling panjang pernah aku ambil untuk tahun ni. 

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam dua tiga minggu sebelum bercuti. Dan perkara-perkara ni bertimpa-timpa sampai rasa lemas dan lemah dibuatnya. Itu yang aku rasakan memang masa yang sesuai untuk lari dari office sekejap. Biarlah, kerja tu sampai bila-bila pun takkan habis.

Sini biar ku listkan antara perkara yang menimpa diri ini sepanjang sebelum cuti:


1. 26 April 2014 (Sabtu)
 Jatuh motor di Bangi, selepas tournament futsal bersama rakan sekolah. Balik merempit time maghrib yg gelap+tarik brek depan emergency+jalan berpasir+ jalan basah selepas hujan= memang combination yang sesuai untuk motor tu sliding atas jalan dan aku pulak sliding meniarap disisi motor bak superman. 

Kalau pakai attire macam dalam perlumbaan dalam litar tu takpe jugak takdelah badan tersagat atas jalan..Ini memang takde. Alkisahnya habis dua-dua belah tangan luka dan calar balar sebab nak tampan badan atas jalan tu.. Memancut mancut jugak darah sampai menitik-nitik.

Alkisahnya takde orang yang tolong kat jalan sunyi time malam gelap tu, tapi motor masih mampu lagi berfungsi, cuma calar pada cover motor je.. So dengan darah yang menitik2 tu kugagahkan jua merempit balik ke Taman Melati yang ambil masa dalam 40 minit.. So dengan luka yang terdedah dan darah menitik + angin malam + hujan rintik rintik + perjalanan 40 minit = Luka itu bagaikan disiat-siat, diperah air limau, diletak garam, dihiris pula luka tu...berdenyut-denyut rasanya menahan pedih luka tu selama setengah jam sampai di rumah Taman Melati.

Housemate semua terkejut tengok aku balik berdarah-darah, terus tolong cucikan luka dan hantar aku ke klinik. Untuk ini aku harus berterima kasih pada Herman dan Pali. Moga Allah balas jasa baik kalian.
Lepas aku sampai klinik baru tahu dalam juga luka di kaki aku tu..sampai tercabut kulit.

Tak boleh nak proper pakai sandal apetah lagi kasut. So Isnin tu adalah kali pertama aku MC selepas bekerja selama setahun 3 bulan ni. Susah aku ni nak saja saja MC.

Alhamdulillah sekarang luka dah kering. Tunggu replace dengan kulit baru je. Namun, aku masih tidak serik naik motor, hahaha. Barulah adventurous.


2. Minggu selepas jatuh motor- Kerja.

Peristiwa kedua ni aku malas nak ulas panjang. Ia menyesakkan dada. Ia bersangkut paut dengan ehwal kerja. Dipendekkan cerita disebabkan cara kerja aku yang dikatakan agak lambat dan tak pandai manage, aku dihalau keluar oleh bos besar daripada handle satu kes yang besar lagi penting ni. Memang marah betul dia sampai kena keluar dari bilik dia. Aduhai. yang ini memang betul betul dugaan, dengan kaki aku yang terhingkut-hingkut lepas jatuh motor prestasi kerja seolah-olah tercalar. Memang down betul masa tu, lepas seorang seorang bos panggil dan dimarahi.. Ah kukentalkan jua hati ini. Benda dah lepas nak buat macam mana.. dua minggu memang murung dan busy betul aku di ofis, tak sempat nak bertegur sapa pun dengan rakan-rakan ofis. Ofismate yang memahami situasi aku tu pun takut nak tegur, sebab aku tengah busy setelkan kes ni. Terus hilang senyuman dari wajah yang manis ini. (ceh). 

Rentetan itu, keluarlah tweet-tweet duka aku di twitter.. Itu jelah mampu. nak ceritakan semua pun takde yang akan faham dengan kerja aku ni.. balik rumah pun tidur tak lena memikirkan hal tu. Pendek cerita memang serabut dan sesak jiwa dua minggu time tu. Haihh. Tapi alhamdulillah minggu sebelum cuti haritu perkara ni selesai.. Case closed. Memang nak sujud syukur rasanya.. Moga aku belajar dari kesilapan ini, dan lebih kental dimasa akan datang.


3. Demam, batuk, selsema, sakit tekak.
Nak tau apa yang lebih menyeronokkan? disamping peritiwa 1 dan 2 di atas, time tu jugaklah macam-macam penyakit datang..dan aku tak boleh nak MC sebab tengah handle case kat perkara No 2 kat atas tu. Memang kifarah dosa betul aku rasa time tu..banyak benor dosa gamaknya..


4. Ni paling sedih -> Tak boleh main futsal sebab lutut kanan injured (Doctor suspect mungkin ligamen putus) 

Ini tak bersangkut paut dengan jatuh motor kat atas. Kebetulan aku dapat injury ni time main futsal sebelum eksiden tu..senang cerita kaki kanan aku tak boleh sepak bola dah sebab efek dia lutut akan sakit macam tercabut tempurung lutut. Dan kaki tak boleh nak betul betul diluruskan time rukuk waktu solat.

Pergi klinik biasa Doktor cakap tak boleh buat sebab benda ni kena refer pada pakar atau specialist..Dia kena scan untuk tengok segala ligamen, otot atau tulang. And dia suspect ligamen ACL aku di lutut kanan dah putus or terkoyak.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Kalau teori di atas ni betul, maka aku kena buat operation untuk betulkan ligamen tersebut dan kesan dia kena rehat dari aktiviti lasak  bmain futsal untuk tempoh berbulan-bulan lamanya.. Ommaaa tidakk. Futsal is my passion and cara aku nak release stress. kalau betul lah ligamen putus apa lagi motivation aku untuk teruskan hidup? Bini nak motivate takde lagi (gituh nak exaggerate setiap benda)

Tapi as of now aku belum lagi jumpa specialist, sebab tengah bercuti kat rumah, Its better for me to make appointment dengan specialist dekat KL sebab senang nak follow up nanti..So lepas balik KL nanti baru nak jumpa specialist tengok kan lutut kiri ku ini


Inilah secara ringkas what I have been thru for the past 3-4 weeks.. Sungguh mencabar jiwa.
Sampai disini dulu..belum masuk kisah bercuti lagi ni. Takpe stop dulu, kalau boleh kumahu lupakan segala-gala yang terjadi sebelum cuti dulu especially part kerja tu..biarlah aku start fresh bila dah start kerja balik nanti.. Takpe hidup must go on.. Usah dwell on the past, sebab nanti sampai bila bila pun tak boleh maju ke hadapan.. Pilih masa depan kita sendiri..


Wednesday, 14 May 2014

#60:

Dear Memory,

Lama rasanya tak menulis by heart macam awal-awal dulu. Saat keyboard ini ditekan aku sedang berada di rumah kampung halaman bersama keluarga tercinta. Hewhew.

Wahh bestnyaa! Gembira tak terkata!

Tambahan pula aku extend cuti hujung sampai Isnin. Kalau anda nak tahu, Isnin adalah hari paling panjang dalam seminggu kalau anda bekerja, tak caya tanyalah saya.

Dan pagi Isnin adalah scene yg penuh kemurungan, depressed dan kesuraman di wajah wajah rakan - rakan ofis. Mood nya seperti esok ada exam tapi hari ini belum study lagi.Serupa zombi lagaknya. (Walhal zombi pun lebih comel pada hemat ku. Eh?)

Berlainan pula dengan suasana pagi Jumaat, masing-masing pemurah dengan senyuman. Datang ofis umpama pergi ke vacation di sebuah pulau peranginan yang mempunyai pantai-pantai indah, air laut yang lagi jernih. Masing-masing muka bahagia.


*******************************

Ok post atas ni telah ditaip separuh jalan masa balik kampung 19-20 April dulu tapi tak published, maintain kat draft je.. so alang alang dah bersarang kat draft kita post jela walaupun cerita tak habis.

Sekarang ni dah balik ke kampung semula 13-16 May inshaAllah. Haihh dah agak dah mesti bersarang punya ini blog.. nanti kita create post lain pulak eh, sementara tengah cuti ni, banyak cerita sebenarnya tapi malas..hehehe

Ok challo bubye lullaby