Thursday, 13 March 2014

#52: Fatamorgana


"Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa.."

Familiar dengan frasa di atas?


Ya, untuk pengetahuan anda, frasa di atas adalah lirik nasyid yang di popularkan oleh kumpulan Hijjaz. Dah terngiang-ngiang di telinga sejak zaman bangku sekolah rendah lagi. Ayah selalu pasangkan dalam kereta.


And kami adik-beradik, as always, sing aloonggg~~! :D



without knowing the meaning. :/

Dan even sampai ke peringkat universiti pun walaupun aku tahu apa makna setiap perkataan harta , pangkat dan wanita tu, tapi aku tak pernah rasa aku terpengaruh sangat dengan harta dan pangkat.

Masa tu dalam hati cakap, apalah ada pada harta, bukan nak bawa ke mana pun.

Pangkat? Ahh semua itu duniaa! Tak akan aku kejar semua itu...



Okay dah nak masuk part yang rasa nak gelak.

Itu semua aku ungkapkan tika aku masih lagi berada dalam kepompong kenaifan. Saat belum masuk dunia realiti (baca: dunia kerjaya dan pekerjaan)


HA. HA. HA. 

Sekarang semua itu najis lembu! (baca: bull****)

Lepas kenal apa itu harta dan pangkat, jangan tak sangka, benda yang aku pernah cakap itu jugaklah benda yang aku rasa nak kejar sekarang!


KAANNNNNNNNNNNNNNNNNNN


Haa kalau korang rasa pelik bayangkan aku punya rasa pelik kat diri sendiri ni tahap mana.

Lebih tinggi dari tahap cipan tapir bertanduk dua.

Bukan exactly mengejar la, tapi nak katanya tarikan benda alah tu dah dapat aku rasa sedikit demi sedikit sekarang ni. I can say this because I slowly feel it.

Bayangkan aku yang setahun jagung bekerja pun dah rasa macam ni kau rasa yang tahap boss boss atas tu macam mana. Tak pelik la kalau fraud fraud ni dibuat bukan oleh orang yang miskin, tapi yang cerdik pandai dan berharta.

Mujur iman juga yang menegur aku agar sentiasa ingat dan usah got carried away.

The point I am saying here is, when we are not in THAT situation, we may not understand the challenges and we can easily say this and that. 

But when its your turn, nahh rasakaannnn!  Right on your facee!

Baru tau langit tu tinggi ke rendah. 


"..Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama.."


Di lagu itu juga terdapat jawapannya. Pulanglah pada Tuhan, Iman jualah penyelamat...



p/s: Termenung mengenangkan MH370. Pagi petang siang malam. #PrayForMH370



2 comments:

Anonymous said...

"when we are not in THAT situation, we may not understand the challenges and we can easily say this and that.

But when its your turn, nahh rasakaannnn! Right on your facee!"

So true.
May your iman continue to be strong, brother Sayed. :)

brothersayed said...

To anonymous:

Thank you. Same goes to you too :)