Wednesday, 5 March 2014

#47: Umur

Tik tok tik tok..

bunyi jam di dinding..

Ada beberapa detik lagi menghampiri jam dua belas tengah malam..

Mungkin sewaktu zaman kanak-kanak dulu, pada tarikh yang sama, detik 12 tengah malam itu adalah detik yang aku tunggu-tunggu.. gembira rasa hati bila capai tahap itu..

tapi yang aku perasan 3 4 tahun belakangan ini, detik ini menjadikan aku rasa sedih dan sayu. Tak tau entah kenapa..

Aku ingat lagi tahu pertama di uia pada tarikh yang sama, hampir jam 12 malam..

Aku bangun dan keluar dari bilik, dan baring di kerusi panjang court takraw mahallah Zubair Al-Awwam itu..

Baring sambil muka menghadap ke langit.

Bulan mengambang penuh pada malam itu penuh, sangat indah. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sunyi sepi.

Aku ingat lagi sebab pemandangan langit pada malam itu sangat indah.

Tapi pemandangan tu lansung tak sama dengan apa yang aku rasa dalam hati waktu itu.

Aku ingat betapa syahdu dan sayunya perasaan pada waktu itu mengenangkan ke mana hilangnya umur. 
Dan ke mana ia akan pergi selepas itu.

Lama juga aku termenung malam itu.

Malam ini perasaan yang lebih kurang sama datang lagi.

Dari dulu lagi aku tak pernah menyambutnya. Tak rasa ada keperluan pun. Even untuk ucapkan pun aku tak rasa perlu. Tapi bila orang menyebut atau menyambutnya aku hanya meraikan saja. Bersyukur.

Aku lebih ingat kepada ibu bapa aku sendiri.

Sebab tepat jam 11 pagi esok, pada some 20 years ago, emak lah orang yang bersusah payah melahirkan manusia ini.

Dan emak ayah juga membesarkan manusia ini, pengorbanannya bukan sedikit. Sampai mati pun aku tak dapat balas.

Aku doakan kita semua diberi pengakhiran yang baik. 

"Ya Tuhanku, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"

No comments: