Sunday, 21 September 2014

#83: The 20 things about me (Fact no 1)

Dear Memory,

Merujuk kepada tajuk di atas, si penulis blog ni pun nak buat jugaak. (dia pun nak jugak ish ish... walaupun sebenarnya agak anti juga pada benda2 ngarut yg viral kt media social ni)

Dah lama juga bercadang tulis benda ni kat sini sebab dah takde idea nak tulis apa..tapi malas. But then ada pula seorang makhluk tuhan yang sesuka hatinya memberi cadangan bernas ini kepada tuan empunya blog, jadi kita buat kan juga.. 

Tapi kita tak buat 20 sekaligus lah, nak buat sikit-sikit, as and when idea tu datang, berdasarkan situasi semasa, ataupun bila tiba-tiba terfikir benda tu adalah one of the 20 things tu.

So here it is:

Fact numero uno #1 : I am a Manchester United Fan!




Alkisahnya malam ini baru sahaja kecewa hati hancur berkecai bak kaca dihempas ke batu dengan tak sengaja..

kerana apa?

Haa kerana pasukan favorite baru sahaja kalah kepada Leicester City dalam keadaan yang paling mengecewakan sekali.

Boleh tak selepas MU leading 3-1 tiba-tiba mereka hilang fokus sampailah Leicester dapat kejar 3-3?

Apakah sejadahnya semua ini??

Huwarggh. Ini semua salah Rafael dan Referee! Sesuka hatinya bagi penalti padahal si Vardy pemain Leicester tu berlakon sahajo!

Ha tengok, begitulah ketaksuban brothersayed terhadap MU sampai dilempiaskan segala ketidakpuashatiannya kepada semua orang kecuali pasukan kesayangannya..ha giciuew

Bukan setakat itu, selepas Leicester dapat kejar 3-3 ia tak berakhir disitu.. Kena pulak kad merah sorang defender MU and the nightmare continues...sampailah MU ketinggalan 3-5..

Sob..sob..

Hari yang indah dan warna warni tiba-tiba bertukar gelap dan mendung tahap awan kolumunimbus paling tebal lagi hitam sekali dengan guruh dan kilat sabung menyabung macam ayam sabung kampung pak lebai malang...

Aldemikianlah ceritanya fakta pertama.. Anyway, this is a good lesson to the newly appointed MU manager, Luis Van Gaal because this is the first time he involved in EPL games, 

I think this proves something to him...that EPL has a lot of dramas.. you cant just sit back and feel complacent when you lead the game, you have to do something more..At least, that was what Alex Ferguson (previous MU manager) has taught us the most.. you must continue to be focus, and control the ball possession.

And don't be over confident that you lose focus before it is certain that the win is yours. that is until the referee blow the wisel at the 90th minute.

Sekian, Fakta Pertama.




p/s: MU juga digelar The Red Devils dan dah menang 20 kali EPL. Hamba ada dua jersey MU (AIG &AON) tapi satu dah hilang. sobs

p/s2:  Ye memang seronok pegi ofis weekend2 ni sampai kena sound suruh balik.. muahaha

No comments: