Dear Memory,
Merujuk kepada tajuk di atas, si penulis blog ni pun nak buat jugaak. (dia pun nak jugak ish ish... walaupun sebenarnya agak anti juga pada benda2 ngarut yg viral kt media social ni)
Dah lama juga bercadang tulis benda ni kat sini sebab dah takde idea nak tulis apa..tapi malas. But then ada pula seorang makhluk tuhan yang sesuka hatinya memberi cadangan bernas ini kepada tuan empunya blog, jadi kita buat kan juga..
Tapi kita tak buat 20 sekaligus lah, nak buat sikit-sikit, as and when idea tu datang, berdasarkan situasi semasa, ataupun bila tiba-tiba terfikir benda tu adalah one of the 20 things tu.
So here it is:
Fact numero uno #1 : I am a Manchester United Fan!
Alkisahnya malam ini baru sahaja kecewa hati hancur berkecai bak kaca dihempas ke batu dengan tak sengaja..
kerana apa?
Haa kerana pasukan favorite baru sahaja kalah kepada Leicester City dalam keadaan yang paling mengecewakan sekali.
Boleh tak selepas MU leading 3-1 tiba-tiba mereka hilang fokus sampailah Leicester dapat kejar 3-3?
Apakah sejadahnya semua ini??
Huwarggh. Ini semua salah Rafael dan Referee! Sesuka hatinya bagi penalti padahal si Vardy pemain Leicester tu berlakon sahajo!
Ha tengok, begitulah ketaksuban brothersayed terhadap MU sampai dilempiaskan segala ketidakpuashatiannya kepada semua orang kecuali pasukan kesayangannya..ha giciuew
Bukan setakat itu, selepas Leicester dapat kejar 3-3 ia tak berakhir disitu.. Kena pulak kad merah sorang defender MU and the nightmare continues...sampailah MU ketinggalan 3-5..
Sob..sob..
Hari yang indah dan warna warni tiba-tiba bertukar gelap dan mendung tahap awan kolumunimbus paling tebal lagi hitam sekali dengan guruh dan kilat sabung menyabung macam ayam sabung kampung pak lebai malang...
Aldemikianlah ceritanya fakta pertama.. Anyway, this is a good lesson to the newly appointed MU manager, Luis Van Gaal because this is the first time he involved in EPL games,
I think this proves something to him...that EPL has a lot of dramas.. you cant just sit back and feel complacent when you lead the game, you have to do something more..At least, that was what Alex Ferguson (previous MU manager) has taught us the most.. you must continue to be focus, and control the ball possession.
And don't be over confident that you lose focus before it is certain that the win is yours. that is until the referee blow the wisel at the 90th minute.
Sekian, Fakta Pertama.
p/s: MU juga digelar The Red Devils dan dah menang 20 kali EPL. Hamba ada dua jersey MU (AIG &AON) tapi satu dah hilang. sobs
p/s2: Ye memang seronok pegi ofis weekend2 ni sampai kena sound suruh balik.. muahaha
Sunday, 21 September 2014
Saturday, 20 September 2014
#82: Jangan Menyerah
Dear Memory,
Growing up, there are times when things get tough we feel like giving up and couldn't take it anymore..
But lets listen to this song.. It has a very beautiful lyrics. simple yet powerful and meaningful.
I hope it can be a source of inspiration and motivation to us all, to keep us going in this life despite the challenges.
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
Growing up, there are times when things get tough we feel like giving up and couldn't take it anymore..
But lets listen to this song.. It has a very beautiful lyrics. simple yet powerful and meaningful.
I hope it can be a source of inspiration and motivation to us all, to keep us going in this life despite the challenges.
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
Friday, 19 September 2014
#81: Pesan Emak (Leteran?)
"Angah, cepat tengok jadual esok, susun buku dalam beg tu, nanti dah malam ngantuk pulak..!" jerit emak dari dapur.
"Angahh, dah siap belum kerja rumah Bahasa Arab yang ustazah bagi pagi tadi?? Buatlah lekas, nanti tak siapp..!" sambil tangannya mengacau-ngacau adunan tepung persiapan cekodok pisang sarapan esok pagi
"Dah Maghrib azan kat surau tu kan, kenapa masih lagi mengadap Power Rangers lagi tu..? Tutup TV tu sekarang! pegi ikut ayah pegi surau tu !" laung emak dari bilik air sebaik lepas mandi.
"Dah kapur kasut ke belum tu?? Esok dah nak sekolah" kata emak sambil mengibas-ngibas pakaian untuk disidai di ampaian belakang rumah..
"Buat kerja tu cuba cergas sikit, jangan duk nak berlengah-lengah, bermalas-malasan sangat..nanti lambat siap.." bebel emak lagi bila tengok aku tak fokus siapkan kerja sekolah.
*******************
Bebel-bebel pun tak lut.
Buat endah tak endah je.
Last-last si emak juga yang tolong susunkan buku dalam beg.
Angahnye entah ke mana dah tertidur melingkar depan tv. (Zaman sekolah rendah, bawak buku ikut jadual subjek hari esok...kalau tak bawak nanti, bila cikgu suruh buat latihan takde buku, harusla kena piat telingaa)
Si emak jugaklah yang terlebih risau kerja sekolah angah yang tak siap lagi.
Emak duk meniarap bersama anak lelakinya yg sorang itu di laman tengah tu sampai tengah malam, tolong bagi sokongan moral untuk si anak siapkan kerja sekolah kena hantar by esok.
Bila ada part yang dah tak reti buat, si angah give up, daripada meniarap jadi terlentang mengalah, mengeluh kata kerja sekolahnya susah.. merajuk sampai tertidur..
Penyudahnya, si emak jugaklah yang tolong buatkan dengan tulisan olok-olok bagi nampak macam kerja budak sekolah rendah..haihh
Anaknya yg seorang itu bangun pagi esoknya tahu-tahu kerja sekolah dah siap. "Wah, magical! camne boleh siap? rasanya malam tadi macam dah tertidur" monolognya dalam hati...
Banyaklahh kau punya magical.. Kau ingat ini cerita The Elves and Shoemaker ke apa over the night siap segala kerja *pangg sekali baru tau* Tu, mak kau yang tolong buatkan...
*********************
Itu cerita 15-16 tahun lepas.
Rutin itu berakhir masa aku darjah 6. Lepastu dah ke sekolah asrama.
*********************
Present- year 2014
Dear Memory,
It was 10pm on Monday night when I was still busy in the office finishing piles of long-listed outstanding stuff (gituhh masuk2 introduction terus English berhabuk puii).
Esoknya cuti Hari Malaysia dan orang pergi bersuka ria malam tu, tapi aku? Oh, aku bersuka ria kt ofis tu.
The past two weeks has been very hectic, staying back late at night back to back for straight two weeks just to finish up some paper to the management was definitely not awesome at all.
Tengah duk merenung nasib tu, tiba-tiba memori zaman kanak-kanak datang menjengah. Zaman dibebel oleh mak macam kat atas tu.
Jadi aku pun decide nak call emak malam tu nak menceritakan kerja-kerja ku yang masih berlambak and how my habit zaman kecik2 dulu yang slow buat kerja ni might not completely disappeared when I am an adult.
Dan bermulalah bebelan emak bla bla bla bla.....................................................
Aku dah mula tersenyum :)
Sengaja. Sengaja bagi emak membebel.
Sengaja bagi emak berleter..
Saat emak mula berleter tu, aku pasangkan loudspeaker henfon dan pejamkan mata sambil hayati setiap apa yang emak kata..
Aku pejam mata sambil imagine aku ni masih budak-budak yang dileter emaknya..
Kanak-kanak tak cukup umur macam 15-16 tahun lepas.
Bezanya, dulu buat endah tak endah je. Sekarang, dengar betul2 dan ambil setiap butir kata tu sebagai nasihat dan panduan.
Indah.
Rindu.
Siapa sangka benda yang kita buat endah tak endah dulu adalah benda yang paling kita rindu sekarang.
Ubat.
Hilang lelah dua minggu.
p/s: Malam tu berkali-kali emak pesan suruh buat kerja cergas sikit kt ofis tu, jangan berlengah-lengah, nanti lambat siap. Just like 15-16 years ago :)
p/s2: Post ini tidak berniat untuk buat siapa2 rasa sedih..
Thursday, 18 September 2014
#80: Let it go~!
It must be hurt to be accused with something that we did not do right? Anyway, people talk and talk and nothing we can do about it.
For things we cannot control, just let it go ..(let it go~ let it go~ bak kata Elsa dalam Frozen)
Only focus on things in our circle of influence/control i.e. things we can control... like eating cinnamon sugar pretzel or famous amos ;p
Hmm, anyway.. Last Monday night I called mum. I was in the office that night. Stayed a bit late considering the fact that the next day was a public holiday...(nerd!) Something about the conversation between me and my mum I feel like sharing over here in Memory...
But for that to happen..how about wait until I have time for the next post?
Amacam? annoying tak? :p haha
Ok, promise. I think the story will have a valuable lesson to all.
Until then, Ma'as Salamah ~!
Sunday, 14 September 2014
#79: Update
Update setakat pukul 2.43pm, 14 September 2014 tentang rancangan dalam post blog semalam.
GAGAL.
Punyalah hujan renyai-renyai pagi tadi punya sedap sejuk dan nyaman. Memang gagal la plan ke ofis.
Sekarang ni baru sampai ofis dan nak mula kerja. haihh. Kegagalan betul.
Ok2 now fokus. Siapkan banyak mana yang mampu siapkan harini. Esok tinggal submit je pada manager.
Adios for now!
GAGAL.
Punyalah hujan renyai-renyai pagi tadi punya sedap sejuk dan nyaman. Memang gagal la plan ke ofis.
Sekarang ni baru sampai ofis dan nak mula kerja. haihh. Kegagalan betul.
Ok2 now fokus. Siapkan banyak mana yang mampu siapkan harini. Esok tinggal submit je pada manager.
Adios for now!
#78: Saturdate Sept 13th
Dear Memory,
I bought the ticket. Yes THE ticket.
I'm not gonna be so excited about it just yet because everything is uncertain until it happens.
"Harapan adalah kecewa yang dicipta oleh diri sendiri.."
"Tapi harapan juga adalah pendorong untuk terus maju.."
Okay, back to today's story.
Fadzil (Dr Fadzil) & Wany HK's wedding. Both of them are my friends in Kolej K. Kawan lama.
Sorang dulu belajar Medic kat Leeds Uni & lagi sorang study Economics kt Warwick Uni.. Sekarang dah jadi Dr dah Fadzil..wah tahniah.
Today they got married. I am happy for both of them.
Dapat jumpa+terserempak beberapa rakan lama dari kolej K di wedding tadi. Ada yang masih mengenali ada yang macam ye tak ye je kenal. Hmm. Almaklumlah dah lama tak bertegur sapa. memang awkward tu ada juga.
Kelakarlah. Kolej K macam mimpi yang sepintas lalu je sekarang ni. Yang ada hanyalah memori. Friendship pun seolahnya seperti tinggal memori je. Sedih juga sebenarnya. Uhuk
Ok point seterusnya,
Alkisahnya Yasir datang KL this week tapi aku tiada dirumah sebab wedding di atas. Terpaksalah tinggal kunci El dan kunci rumah utk dia. Lepas balik pun dapat jumpa sekejap je. :(
Takpelah, pinjam lah El dan merempitlah bersama your wife, spend your weekend together. Dapat jumpa sekejap pun jadi lah. Bangga El dapat berkhidmat untuk dorang. Kihkih
Ok point seterusnya.
Sepatutnya join Pali ke family day tempat kerja parent beliau pagi Sabtu ni tapi terpaksa cancel last minit pun disebabkan reason wedding diatas.
Ampun Pali and family. Berapa kali dah family Pali datang KL tapi belum ada kesempatan nak jumpa. sedihnya.
Sebabnya aku ni dah beberapa kali stay rumah dorang di Pontian Johor tu. Ade lah 3 4 kali. Punyalah muka tak malu. Dah macam kampung and rumah sendiri dibuatnya.. Tapi layanan punyalah baik. family dia pun rasa macam family sendiri...
(walaupun Pali dah berapa kali hint2 nak kenenkan kakaknya dengan abang aku, siap panggil abang ipar lagi bila jumpa. Ha yang tu macam mana pulak aku nak komen tu.. Lantak komerlah maleh aku nak layan)
Ok point seterusnya. Rancangan pagi esok.
Esok nak ke ofis siapkan Prime boleh?
Fyi, Prime ni kira KPI la untuk penilaian prestasi sepanjang tahun. Kita tetapkan apa KPI kita dan letak la weightage dan letaklah point yang kita rasa kita deserve.
5 being the highest and 0 the lowest. Tapi lepastu Supervisor jugak yang akan finalised kan benda tu berdasarkan penilaian dorang.
Average KPI di tempat kerja aku tu 3 and above.. kalau dapat 4 tu memang superb dah tu. lebih daripada 4 tu jarang2 sekali la orang dapat. 5 tu lansung mustahil.
Hopefully, Prime aku meningkat tahun ni..sebab aku pun rasa dah ada sedikit perubahan pada prestasi kerja berbanding tahun lepas.
Tahun lepas pun dapat yang cukup cukup makan je..aku belum berpuas hati.
Tapi sebenarnya yang lagi penting, Prime juga yang akan menentukan kadar bonus kita akhir tahun! (bersinar-sinar mata bila dengar pasal bonus.kihkih)
Plus, esok pun nak siapkan kerja yang dah banyak tertangguh disebabkan Paper yang baru naik ke management minggu lepas. Gigih kan pi kerja time weekend. Nak buat camne dik, dah tanggungjawab.
Last but not least,
Hai hai pertunjukan air pancut berwarna warni dan diiringi irama lagu. Malam yang biasanya suram dan sunyi sendiri itu pun boleh bertukar ceria dan meriah berteman. :)
Thank youu thank youu thank youu :)
Frankly speaking, I have never been that honest with anyone else about my past until you really asked (no one really interested or care anyway so yeah).
It was one sincere conversation.
And for that, I thank you very much. :)
Tuesday, 9 September 2014
#77: Sumber Kekuatan
Dear Memory,
It's been a while since I last wrote something here.. I have been missing you for quite a while now. I know that I am back for now but I don't know when am I going to write as frequent as the early day when I first established you Memory..
Life is getting busier..And things are getting tougher and tougher day by day...
Suddenly I remembered how Dr Eskandar of International Finance in UIA, always said the same thing over and over again in each classes, with a slightly different connotation.
" Life is not getting any easier.." he said. EVERY time, repetitively.
Being just an undergraduate kid back then, I was too naive to really understand what he actually wanted to say. Of course I understood back then that life has its challenges but, what's the big deal? Just face it and life goes on.
Nope. Its not as simple as that.
This REAL life is what he meant by that. Life we are all experiencing now. Post-student life aka working life.
And I admit that I am weak, sometimes I fell.
Aku perlukan kekuatan.
Dan inilah yang menjadi sumber kekuatanku. Ku pohonkan tiap awal pagi saban hari...
It's been a while since I last wrote something here.. I have been missing you for quite a while now. I know that I am back for now but I don't know when am I going to write as frequent as the early day when I first established you Memory..
Life is getting busier..And things are getting tougher and tougher day by day...
Suddenly I remembered how Dr Eskandar of International Finance in UIA, always said the same thing over and over again in each classes, with a slightly different connotation.
" Life is not getting any easier.." he said. EVERY time, repetitively.
Being just an undergraduate kid back then, I was too naive to really understand what he actually wanted to say. Of course I understood back then that life has its challenges but, what's the big deal? Just face it and life goes on.
Nope. Its not as simple as that.
This REAL life is what he meant by that. Life we are all experiencing now. Post-student life aka working life.
And I admit that I am weak, sometimes I fell.
Aku perlukan kekuatan.
Dan inilah yang menjadi sumber kekuatanku. Ku pohonkan tiap awal pagi saban hari...
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّه وَلاَ تَكِّلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْن
“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu, aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusan hidupku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walau sekelip mata”.
p/s: Jikalau seluruh urusan hidup ini terletak di bahuku. Nescaya tidak tertanggung lah diri yang lemah ini. Perbaikilah dan permudahkanlah ya Allah. Janganlah Engkau serah diriku ini kepadaku walau sekelip mata. Kepada Mu jua ku serahkan segala urusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)