Saturday, 18 October 2014
#86: Mutiara berharga
Sewaktu aku di Kisas dulu, seorang alumni/senior pernah berpesan:
"kutiplah mutiara-mutiara yang berharga yang ada di sekolah ini, sebab bila anda mula menjejaki dunia luar..cabaran hidup di luar sana akan menguji prinsip prinsip hidup yang kita pegang selama ini , ia datang dari pelbagai penjuru dan sudut dalam bentuk yang kita tak sangka...."
"..dah keluar nanti baru anda tahu betapa dahsyat nya cabaran cabaran tersebut...kalian akan rindukan tarbiah yang kalian dapat di sini.. Justeru kutiplah sebanyak mana tarbiah yang ada di sini untuk menjadi bekal untuk hidup di luar sana.. " sambungnya lagi.
Pesan itu beliau sampaikan di Musolla Saidina Ali sebaik sahaja kami selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah. Dalam sesi tazkirah selepas Asar.
Beliau adalah senior atas setahun dariku dan sedang menyambung pelajaran di peringkat persediaan sebelum ke Overseas. Kedatangan beliau ke kisas hari itu ternyata untuk mengutip kembali mutiara yang hilang atau tertinggal di sekolah itu. Rindu katanya. Aku juga rindu akan bumi waqafan itu sebenarnya, belum pernah menjejak kaki semenjak hari aku ambil result SPM pada 2007.
Dalam kesunyian subuh pada pagi Sabtu ini, aku dibangunkan dengan ingatan kepada pesanan senior tersebut.
Mutiara berharga yang disebutkan itu adalah tarbiyah Islamiyyah yang kami terima semasa di sekolah itu.
Aku masih ingat pesanan itu sampai hari ini sebab ketika itu aku berasa begitu teruja untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan "cabaran hidup di luar sana". Aku belum dapat memahami konteks ayat tersebut pada ketika itu. curious.
Apa yang hebat sangat cabaran kat luar tu sampai prinsip prinsip hidup pun akan teruji?
Betul ke apa yang dia cakap tu?
Macam mana rasanya?
Mungkin bagi aku tak teruji sangat kot?
Macam macam persoalan yang bermain di kepala ketika itu.
*********************
Hari ini aku menelan segala apa yang beliau cakap kan.
Hari ini aku mengiyakan setiap butir yang beliau pesan tempoh hari.
Hari ini jika aku hadir melawat sekolah itu, tentu pesanan yang sama juga akan aku sampaikan kepada adik-adik.
Tidak sedikit prinsip prinsip hidup ini seakan terhakis apabila sudah merasai "hidup di luar sana" itu. Hidup yang sungguh 'bebas'
Sampai kadang kala jadi rindu pada Tarbiyah Islamiyyah yang pernah kita dapat dulu.
Rindu pada suasananya. Rindu pada bi'ah solehah nya.
Hati kecil meronta untuk kembali ke zaman itu.
Hati kecil meronta mencari suasana seperti itu dalam kehidupan hari ini.
Semoga diri aku sendiri boleh hidupkan mutiara berharga itu dalam diri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment