Tuesday, 15 July 2014
69: Bukan semua..
" Janganlah terlalu angkuh dan bongkak dengan pendirian sendiri..usah terlalu melebih lebih dalam perihal harini ini.. dan menghukum dan menyalahkan semua yang lain...Lalu kau tentang pihak yang satu itu sehabis habis nya.. dan nafi kebenarannya sehabis daya.."
Kerana bukan semua pendirian kita hari ini akan relevan selama- lamanya...
Umur kau 9 tahun, kau rasa rancangan kartun di televisiyen itu seronok. Umur engkau 24 tahun, langsung kau tak pandang kartun, malah berasa leceh si adik adik kecil berebut TV utk cerita kartun.. "Aishh apalah yang seronoknya kartun tu.." kata kau. Kau lupa engkau pernah seperti mereka, masa itu apa kau rasa?
Bila kau berada dalam kumpulan A, kau rasa semua kumpulan B, C, D, E, semuanya tak betul... Tapi bila kau mendapat kawan baik dari kumpulan F, dan rupanya dia tidak lah seburuk yang disangka, engkau rasa bukan hanya kumpulan A yang betul..
Harini ini kau rasa kau cinta. Kau sanjung si dia sepenuh penuhnya.. Kau bawa megah dia ke hulu ke hilir benua.. Kau kata dunia ini milik kita..
Tapi bila kau kenal siapa sebenarnya dia, tiba-tiba cinta jadi tak suka.. Dialah orang yang kau benci sebencinya.. mengapa?
Begitu juga orang yang paling kau benci boleh jadi orang yang paling kau sayang secara tiba-tiba..
Dulu emak pesan usah nakal nakal, belajar rajin- rajin...kau memberontak. Tak mahu. Kini sudah dewasa, itu jugalah pesan engkau pada adik-adik dan bangsa...
Mengapa?
Kerana apa yang kita rasa hari ini belum pasti relevan untuk selama-lamanya..
Kita ada masa..usia..rasa.. dan hakikat di tengah tengahnya... yang boleh ubah suka kepada duka, mereka kepada kita.. dan salah kepada benar..
Jadi bersederhanalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment